Terkini
  • Terkini

    Isnin, 10 Mei 2010

    Majlis Kecemerlangan Ilmu dan Akhlak

    Ahad, 9 Mei, 2010
    Majlis Kecemerlangan Ilmu dan Akhlak yang telah dianjurkan bersama oleh KAFA & Panitia Pendidikan Islam SK Punang telah di rasmikan penangguhannya oleh YB Datuk Amar Hj. Awang Tengah B. Ali Hasan, Menteri Perancangan & Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak.

    Turut serta dalam majlis itu ialah YB Dato Henry Sum Agong, Ahli Parlimen P222, Lawas, yang telah diiringi oleh Pegawai Daerah Lawas, dan Temenggong Sabli Hamid.

    Pada majlis itu YB Datuk Amar mengucapkan tahniah atas penganjuran majlis yang mana dapat membentuk akhlak serta peribadi anak-anak berlandaskan ajaran Islam. Beliau turut memuji penglibatan guru-guru agam SK Punang yang telah banyak membantu guru-guru KAFA yang pada awalnya telah dimaklumkan dalam ucapan Penyelia KAFA Tuan Hj. Darham B. Hj. Drahman.

    Antara program-program yang telah dipertandingkan pada majlis tersebut adalah seperti pertandingan laungan azan, hafazan, busana muslim & muslimah, bacaan doa qunut dan nasyid.
    Pertandingan hafazan


    Pertandingan busana muslimin mencuit hati YB Datuk Amar

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Majlis Kecemerlangan Ilmu dan Akhlak Rating: 5 Reviewed By: AM/AD
    Scroll to Top