Terkini
  • Terkini

    Ahad, 9 Mei 2010

    Matrikulasi, Labuan dan Tangkak

    10 Mei 2010 adalah hari pendaftaran pelajar cermerlang yang berjaya memasuki kursus pra-universiti di kolej-kolej Matrikulasi di seluruh negara. Bagi pelajar negeri Sarawak dan Sabah, Kolej Martrikulasi Labuan adalah paling popular. Tetapi tanpa diduga, anak saya diarah mendaftarkan diri di 'Matrix' Tangkak, Johor.


    MATRIKULASI

    Objektif Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang berwawasan, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan demi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia untuk kemajuan negara.


    Matrikulasi merujuk kepada proses kemasukan rasmi ke universiti, ataupun proses kelayakan untuk masuk ke universiti. Program matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun kolej universiti.


    Program pra-universiti ini sebelum ini dikendalikan sendiri oleh setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sejak lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza.


    Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambilalih dan menyatukan program matrikulasi bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut. Pengambilalihan ini berlaku secara berperingkat dengan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil kumpulan pertama (perintis) di kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM pada awal tahun 1999.



    TANGKAK

    Tangkak adalah pusat bandar daerah Ledang dalam Negeri Johor Darul Takzim, tetapi penduduk kepulauan Borneo mungkin keliru kerana cerita Puteri Gunung Ledang sangat sinonim dengan sejarah negeri Melaka. Gunung ledang berada sejauh 17 kilometer dari Bandar Tangkak Ia juga bersempadan dengan Jasin, Melaka dan lebih kurang 45 minit dari bandar Melaka. Dari Kuala Lumpur, Tangkak hanya kira-kira 2 jam perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar ke Tol Tangkak dan belok ke kanan. Dan bandar Tangkak hanya kira-kira 3 minit dari Susur keluar tol.

    Tangkak dikenali di kalangan penduduk tempatan dengan gelaran Syurga Kain atau Bandar Fabrik kerana mempunyai banyak kedai kain yang menjual pelbagai fabrik yang cantik dengan harga yang kompetitif. Memang tidak dapat dinafikan apabila menjejakkan kaki ke Tangkak, kita boleh lihat dari kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan deretan kedai-kedai kain tersebut.

    Sekali sekala juga diberi jolokan Gunung Ledang (Mount Ophir), disebabkan oleh jarak gunung yang terlalu dekat dan boleh dilihat dari setiap penjuru bandar. Gunung Ledang yang merupakan pusat pelancongan dan mempunyai pemandangan yang indah dan air terjun yang jernih.

    Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak [ klik ]


    Deretan kedai sepanjang jalan utama Segamat-Muar. Gunung Ledang di belakang


    Bandar-Bandar Utama yang berhampiran dengan Bandar Tangkak


    LABUAN

    Kalau Tangkak berada jauh dari laut maka Labuan pula adalah sebuah pulau dan syurga bebas cukai. Pulau ini senang didatangi melalui udara, laut dan darat. Penerbangan dari Kuala Lumpur mengambil masa 2 jam dan feri dari Bandar Seri begawan Brunei mengambil masa 1 jam 15 minit.

    Wilayah Persekutuan Labuan merupakan Wilayah Persekutuan kedua Malaysia. Pulau Labuan mempunyai keluasan 98 km2. Pulau Labuan terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah. Pulau Labuan telah diisytiharkan sebagai pusat kewangan luar pantai (offshore financial centre) pada 1990 dan pelabuhan bebas cukai sejak 1956. Labuan mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca asal namanya pelabuhan atau "Labuhan".

    Pulau Labuan juga mempunyai air yang jernih dan pantai berpasir sepanjang persisiran pantai, menjadikannya destinasi perlancongan yang baik. Pulau Labuan juga mempunyai perairan yang baik untuk aktiviti menyelam dan mempunyai empat destinasi penyelaman skuba.

    Kolej Matrikulasi Labuan [ klik ]

    Pelabuhan Labuan

    Masjid Utama Labuan

    Kampung Air Labuan
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Matrikulasi, Labuan dan Tangkak Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top