Terkini
  • Terkini

    Isnin, 10 Mei 2010

    Ikan Pari Gergasi tewas oleh pukat ajaib


    Seekor ikan pari gergasi seberat hampir satu tan telah menjadi mangsa pukat ajaib atau lebih dikenali dengan "pukat magic" oleh nelayan tempatan. Pari sebesar tiga depa atau lebih kurang 15 kaki lebar dengan hati seberat 30 kilo sebelah mengambil masa 2 jam untuk ditunda dengan bot ke tepi pantai.

    Haji Ladi B. Haji Tundak serta rakan-rakan dengan bantuan 3 buah bot-bot lain telah dapat mengheret pari tersebut ke pantai berdekatan dengan Sri Tanjung Resort, Kuala Lawas.

    Pukat yang telah dipasang di laut Tabur (berdekatan dengan boya Kuala Lawas) telah mengena pari tersebut yang pada awalnya disangkakan seekor ikan yu. Isi pari tersebut telah diagih-agihkan kepada penduduk kampung yang ingin merasakan dagingnya.


    Pari gergasi di tepi pantai dan tidak dapat diheret lagi kerana terlalu besar.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    4 KOMEN:

    1. palui pakah anak atu eh. anak siapa kan tu..anak duyung kah? karang digigit pari atu.adakau macam cerita finding NEMO

      BalasPadam
    2. bukannya palui,atulah namanya keberanian.baru tah anak kitani kan maikut ikon the crocodile hunter(steve irwin-luruskah nama atu?)macam-macam tah kurapak kitani.macamana bangsa melayu kan maju dan hebat kalau kitani sendiri inda menghargai dan menyokong.

      finding nemo cuma fiksyen dan gambar atau pari yang dikudai atu adalah real,jadi kalau boleh kita berkurtapaklah berdasarkan alam yang nyata ini.

      mun aie mulah crocodile hunter atu masih hidup,gerenti ke punang ya,

      BalasPadam
    3. beza anak bandar & anak laut :)

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Ikan Pari Gergasi tewas oleh pukat ajaib Rating: 5 Reviewed By: AM/AD
    Scroll to Top