Terkini
  • Terkini

    Khamis, 13 Mei 2010

    Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT 2010

    Sekali lagi Kampung Punang dan Punang Jaya telah menjadi pilihan perkampungan untuk projek anak angkat yang mana Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT 2010 telah membawa peserta terdiri daripada Mahasiswa dan Mahasiswi dari Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan anjuran Jabatan Belia dan Sukan W.P Labuan, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan, dengan kerjasama Kelab Rakan Muda W.P Labuan, Kelab Rakan Muda Lawas, JKKK Kpg. Punang dan Punang Jaya dan Sekretariat Rakan Muda IPT (UMS KAL)

    Seramai 70 orang peserta anak angkat beserta 25 orang urusetia dari pelbagai bangsa dan negeri seluruh Malaysia. Program yang dijadualkan bermula dari 10 hingga 14 Mei, 2010 telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Lawas, Encik Raymond Pey sementara majlis penutupan pula akan dihadiri oleh YB Dato Henry Sum Agong, Ahli Parlimen P222 Lawas.

    Program yang mempunyai visi untuk membangunkan modal insan khususnya masyarakat desa dari aspek pembangunan yang berteraskan nilai prihatin, mahir dan dinamik dan juga penyertaan pelbagai kaum dan bangsa selaras dengan konsep gagasan 1 Malaysia.

    Penulis yang mewakili warga Kampung Punang dan Punang Jaya dan keluarga-keluarga angkat merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada penganjur, perserta serta individu dan institusi yang telah terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program ini akan dapat menggamit hati anak-anak angkat untuk datang kembali ke Kampung Punang dan Punang Jaya.


    Ketibaan anak-anak angkat


    Penceramah Motivasi Pelajar, Wali Kota Majlis Daerah Limbang


    Encik Shaban Hj. Salleh gembira dengan 3 orang anak-anak angkat

    Ucapan alu-aluan oleh KK Awangku Adnan Pgn Hj Tengah

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    3 KOMEN:

    1. Steady Pengiran Adenan, atu baru ya nah. walaupun sudah 'maghrib', tapi memang layak bah..Teruskan Pengiran.

      BalasPadam
    2. salam,

      Piala Dunia sudah melabuhkan tirainya pada 11jun yamg lalu dan yang pastinya kita di malaysia juga terlibat sama dalam memeriahkan suasana itu dengan menyokong pasukan pilihan masing-masing.

      Jepun dan Korea adalah antara wakil asia yang bertanding dan sehingga kini pasukan ini telah memenangi perlawanan pertama masing-masing.Kita juga cukup bangga dan teruja kerana wakil kita mencapai sasaran pertamanya.

      apakah perasaan kita seandainya pasukan yang bertanding itu adalah dari Malaysia???????
      Mengapa kita tidak bersama korea atau jepun ke piala dunia sedangkan diera dulu-dulu kita lebih hebat dan baik dari dua pasukan ini.ada banyak sebab kenapa kita dapat masuk world cup,antaranya ialah,sukan kita telah dicemari oleh unsur perjudian,sukan kita terlalu banyak politiking dan semengat patriotisma kita lebih terarah kepada materialisma.

      BalasPadam
    3. ketewasan Brazil kepada pasukan bukan pilihan Belanda memberi impak yang sangat besar dan mendalam kepada peminat Brazil dan world kap itu khasnya.Ramai yang kecewa dan ramai yang tidak percaya terhadap kekalahan itu terutama kepada peminat fanatik Brazil,setelah mereka bermula dengan baik dan penuh konpiden.

      Nampaklah kemurungan dan mood yang tidak baik.Banyak yang hilang fokus dan dayasaing yang lemah dalam aktiviti harian.Kalau ditinjau diserata pelusuk dunia mungkin ada yang mati atau bunuh diri kerana kekecewaan itu.Kita di malaysia juga tidak ketinggalan dalam mendiskusikan kekalahan Brazil kepada team Belanda ini.Banyaklah pro dan kontra dan salah menyalahkan,tidak kurang juga yang menyalahkan pengadil.

      Syukuralhamdullillah,setakat ini belum kedengaran ada penduduk Malaysia yang mati bunuhdiri kerana kecewa world kap.

      Berapa banyak kaki judi kecewa.Berapa banyak orang Punang frust meneka gol tersalah ramal dan hilanglah wang pertaruhan.Banyak yang tidak bernasib baik dan sedikit saja yang bertuah dan menang dalam perjudian ini.Itulah world kap walaupun tiada lesen dikeluarkan untuk dijudikan tapi secara otomatis minda dan budaya 'bertaruh' sudah bertapak dari zaman penjajah inggeris lagi.

      Kita tidak boleh menyalahkan world kap jua maka lahirlah judi.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT 2010 Rating: 5 Reviewed By: AM/AD
    Scroll to Top