Terkini
  • Terkini

    Selasa, 11 Mei 2010

    PBB Zon Punang anjur Sukan Rakyat

    Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pemuda dan wanita Ranting Punang dan Punang Jaya yang mana telah berjaya menganjurkan sukan rakyat di padang Sekolah Kebangsaan Punang.
    Kita juga merasa bangga dengan kerjasama yang telah dipamerkan oleh mereka sehingga mendapat pujian dari YB Datuk Amar Hj. Awang Tengah B. Ali Hasan serta YB Dato Henry Sum yang telah sempat bersama-sama walaupun untuk seketika selepas majlis penangguhan Majlis Ilmu dan akhlak anjuran bersama KAFA dan SK Punang.

    Antara sukan-sukan yang telah dipertandingkan adalah seperti bolasepak lelaki dan wanita, soccer kid, menjala untuk wanita, mewarna untuk kanak-kanak, menganyam ketupat dan meniup belon.



    Sempena demam Piala Dunia 2010,
    Datuk Amar yang dulunya juga adalah seorang pemain bolasepak
    Ketua Ranting dan Ketua Pemuda Punang Jaya menyokong pasukan masing-masing


    Datuk Amar disambut oleh barisan Pemuda

    Album kenangan bersama Datuk Amar dan Dato Henry Sum
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 KOMEN:

    1. tahniah,
      walaupun ada sedikit kekurangan dan ketidak tentuan dalam sistem pengurusan tapi itu bukan jadi penghalang pada majlis itu.Kita telah berfikir dan bertindak secara positif dan kolektif dimana elemen-elemen penghalang kepada kejayaan yang hendak diraih kita ketepikan.

      kita amat memahami bahawa generasi terkini ingin sesuatu yang mencabar dan dicabar agar minda mereka bergerak dan berfikir.

      sayugia,program kemasyarakatan dan program yang menghalang kepada membiaknya penyakit-penyakit sosial jarang dibuat.
      Kenapa JKKK tidak berbuat sesuatu,seperti program memasyarakatkan penduduk Punang?
      Mengapa JKKK tidak berdaya saing seperti yang dibuat oleh PBB demi untuk ukhuwah umat itu?

      Selepas ini kami nak lihat JKKK pula yang ada insiatif untuk berbuat sesuatu program yang lebih baik dari PBB ranting.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: PBB Zon Punang anjur Sukan Rakyat Rating: 5 Reviewed By: AM/AD
    Scroll to Top