Terkini
  • Terkini

    Isnin, 28 Jun 2010

    Kampung Punang

    Kampung Punang, mutiara di utara Sarawak mempunyai kecantikan semula jadi sebagai kampong yang kedudukannya ditepi pantai yang indah lagi luas. Pemandangan lebih indah dimana pertemuan pantai dan Bukit Sari dan mempunyai Teluk Brunei dengan air yang biru banyak menyimpan khazanah laut.

    Punang adalah sebuah kampung nelayan di daerah Lawas yang kedudukannya berada di tepi pantai Teluk Brunei. Pada mulanya semua rumah dibina di atas air tetapi sejak 10 kebelakangan ini telah ramai penduduk berpindah ke penempatan baru yang disediakan oleh kerajaan.

    Kampung Punang atau sering disebut sebagai Punang sahaja, selain dikaitkan dengan Pantai yang indah dan produk berkaitan ikan, juga mempunyai kawasan paya bakau dimana terdapat flora dan fauna sebagai tarikan pelancung.

    Pada tahun-tahun awal tahun 60an, Punang adalah ‘port of call’ yang melicinkan perdagangan antara Brunei dan Daerah Lawas. Oleh itu kampong ini adalah antara yang terawal mempunyai fasilitas kastam dan jalan raya yang menghubungi Bandar Lawas.


    Sejarah

    Pada mulanya tempat ini adalah tempat persinggahan pedangang dan nelayan disekitar teluk Brunai iaitu dari Sabah, Brunai dan Labuan. Teluk Brunai adalah lintasan paling popular dikalangan pedanagan kerana laut yang kurang bergelora dan mempunyai khazanah laut yang banyak.

    Punang, yang berasal daripada perkataan sebatang pokok pinang yang tumbuh di tepi laut dikatakan telah diterokai oleh para nelayan dan pedagang disekitar Teluk Brunai pada awal tahun 1800 iaitu kira-kira 150 tahun dahulu.......

    [disambung......]
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Kampung Punang Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top