Terkini
  • Terkini

    Rabu, 11 Ogos 2010

    Ramadan - Bangkitnya Kapitalisma

    Pada zaman kini Ramadan bukan hanya untuk menunaikan dan menambahkan ibadat seseorang tetapi juga kita sibuk dengan soal keduniaan. Pada bulan inilah keadaan ekonomi menjadi agenda utama baik perseorangan, kerajaan atau NGO. Inflasi akan melonjak terutama sekali keatas barang-barang keperluan. Sebagai lumrah, jika permintaan naik harga barang pasti naik.

    Bulan mubarak, yang mengajar umatnya berlapar dan berniaga menguntung peniaga-peniaga. Malah yang kurang bernasib baik akan rasa lebih terpinggir dan serba kekurangan.

    Kapitalisma bernafas subur pada bulan Ramadan. Orang ramai, baik muslim atau bukan, lebih terpanggil untuk berbelanja dibulan ini terutama dalam soal fesyen dan makanan.

    Media elektronik juga meraih keuntungan yang lebih dari hari-hari biasa. Stesen TV mempunyai program-program tertentu kerana jumlah penonton mereka melonjak naik. Hotel-Hotel berlumba-lumba menyediakan program berbuka puasa dan tiap pengunjung dikenakan lebih RM100 seorang. Dari menyediakan makan ala buffet hingga menyediakan seorang imam dan surau untuk sesiapa yang ingin sunat tarawih selepas berbuka di hotel.

    Bepuasa sepatutnya memberi iktibar kepada kita terutama sekali dalam soal bersederhana, mengekang nafsu dan berjimat. Tetapi realitinya, pada bulan inilah orang kitani berbelanja lebih dan nafsu mengalahkan segalanya.

    Mesej ramadan adalah jelas - merasa berlapar dan dahaga, bukan seronok membeli belah hingga ke tahap membazir.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 KOMEN:

    1. salam ramadan,

      Kita tidak boleh nafikan budaya kehidupan di Malaysia tersangat komplek dan mendebarkan.D bulan-bulan sebelum dan selepas ramadan juga kita tidak boleh nafikan terdapat persaingan,persaingan membina empayar kekayaan,empayar kekuasaan dan empayar ilmu yang dapat merobek milenium seterusnya.

      Kita berlumba untuk membina rumah besar,memiliki kemudahan penangkutan yang banyak,menimba ilmu dengan menghantar anak-anak bersekolah dan banyak lagi persaingan yang menjurus kepada ketidak tentuan kita untuk mengatur dan mengurus sistem kehidupan harian kita.
      Lantas kita tidak terasa bersalah untuk menipu,merasuah,merompak dan pelbagai lagi penyakit yang merosak minda dan hati kita demi tuntutan kehidupan yang berkiblatkan materialistik.

      Berapa kerat saja manusia yang dapat membina kehidupannya berpandukkan Al-quran dan sunah.Selebihnya,ada yang menggunakan sistem kapitalis,yahudis,komunis,sekular dan bermacam lagi.

      Siapa yang patut disalahkan,adakah pemerintahan sesebuah negara itu?Tuntutan kehidupan itu yang memerlukan persaingan?Tuntutan hawa nafsu tanpa kawalan iman yang disertakan pendidikan islam yang tulen?Atau adakah budaya barat atau yahudi itu telah meresapi ke minda dan jiwa kita maka hilanglah apa yang di namakan 'sinar iman dan islam'.

      Lahirlah budaya 'buang anak',lahirlah 'along',lahirlah 3 in 1,bermacam lagi penyakit masyarakat yang memerlukan komitmen masyarakat untuk menyelesai...............

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Ramadan - Bangkitnya Kapitalisma Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top