Terkini
  • Terkini

    Ahad, 1 Ogos 2010

    Tamu Lawas - Unik dan Hebat

    Seringkali saya balik ke Kampung, saya tidak pernah melawat atau membeli-belah di Tamu Lawas. Kali ini saya terpaksa pergi kerana isteri berpesan supaya saya membeli cacap, iaitu ikan-ikan yang diproses dan boleh dimakan sebagai titbits.


    Saya kuatkan hati kerana bagi saya suasana Tamu membawa konotasi panas, sesak, kurang selesa dan barang dijual yang sama. Kebetulan kawan yang sama-sama datang mengundang pergi bersama. Alangkah terkejutnya saya bahwa Tamu Lawas adalah antara Tamu yang terbaik yang pernah saya lawati.

    Saya dapati bermacam-macam produk laut dan produk dari darat yang dijual, baik yang sudah diproses ataupun masih segar. Peniaga-peniaga bukan hanya datang dari sekitar Lawas tetapi juga dari Negeri jiran Sabah dan pembeli termasuk datang dar negara jiran, Brunei Darussalam.

    Seperti Pasar Lambak di Semananjung, Tamu Besar Lawas diadakan seminggu sekali pada hari sabtu dan didapati bangunan yang ada sekarang tidak dapat menampung kebanjiran peniaga dan pelawat.

    Peniaga dari Kampung Punang, Saudara Jamaludin bersama Isteri
    Peniaga dari Kampung Awat-Awat

    Saudara Lokman dan Abdul Rani membeli CACAP untuk dibawa balik sebagai buahtangan
    Tahai dari Kampung Punang

    Satu daripada luggage saya didapati tidak tiba di Kuching dan hanya mendapat kembali setelah 2 hari. Mengikut pegawai penerbangan dan Tag pada luggage ini, kota yang mengandungi Tahai, Cacap, Salai Grongong, Kuih Cincin dan Kulit Karabau diterbangkan ke Korea Selatan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    2 KOMEN:

    1. Jika dibandingkan dengan tamu Miri atau Limbang,Lawas adalah yang terbaik tamunya.kebelbagaian produk tamunya datang dari negeri sabah dan sarawak.

      Banyak pihak telah menyuarakan ketidakselesaan lokasi maupun kondisinya kepada pihak berkuasa tempatan tetapi sehingga kini tiada tindakan realistik dapat dijelmakan.Tapi oleh kerana tamu cuma berlaku 6jam jumaat dan 6jam sabtu maka kesulitan itu dapat diatasi hanya dengan kesabaran baik pengunjung maupun penamu.

      Adakah pihak mencadangkan supaya kondisi tamu diubah dengan membina atap yang meluas dan tinggi supaya peredaran udaranya bebas dan dapat memberi kelesaan pada penamu dan pengunjung.

      Ada juga pihak mencadangakan supaya dapat dipasang sistem pendawaian(soket)supaya penamu dapat beroperasi sebelah malam kerana pengunjung akan merasa selesa bershopping malam
      kerana kurang bahang panasnya.

      Yang pasti,kita harus mengubah pendekatan yang terbaik dan menyelesaan pengunjung maupun penamu tanpa menghilangkan identiti tamu itu.

      BalasPadam
    2. bnar tu..
      setuju dgn sagaidangabut..
      kenapa ah...orgx2 cam tani ani yg tpikir pasal idea menjadikan tamu lawas sampai mlm..
      nda kah ia kan jd satu tarikan org ke lawas
      mn ketua kampung,penghulu kaunselor yg dilantik...
      sampai bila bandar tani kan jd pekan koboi....
      littledevil yg dahagakan kemajuan

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Tamu Lawas - Unik dan Hebat Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top