Terkini
  • Terkini

    Khamis, 30 September 2010

    Keluhan terhadap Perkhidmatan Internet.

    Kami telah menerima maklumbalas yang boleh juga dikategorikan sebagai komplen terhadap perkhidmatan internet yang berada ditaraf sifar jika dibandingkan dengan apa yang ada di bandar-bandar besar.

    Pada 27 April 2010 Datuk Amar Haji Awang Tengah telah merasmikan pelancaran Sarawak Rural Broadband Initiative (SRBI) yang ditaja oleh Sacofa Sdn Bhd dan Danawa Resources Sdn Bhd bagi SK Kuala Lawas, SK Kampung Seberang dan Kampung Dato. Tetapi hanya setakat itu sahaja. Tujuannya kononnya untuk mengurangkan jurang digital diantara bandar dan pedalaman.

    Apa yang dilakukan diatas bukanlah bertujuan ikhlas untuk membantu dan menjayakan aspirasi kerajaan tetapi lebih kepada propaganda dan angkat bakul oleh pihak SACOFA. Kalau betul-betul ikhlas hendak membantu penduduk Lawas, mengapa perkhidmatan itu ditamatkan selepas 2 minggu?.

    Ikuti kiriman seorang penduduk melalui Biro Komplen. Keluhan beliau boleh dikatakan mewakili keluhan seluruh penduduk Lawas.
    Name:[dirahsiakan]
    E-Mail:[dirahsiakan]
    Message: Salam, Hampa, Kecewa, dan Geram. Ungkapan yang bisa saya ucapkan bila bertandang ke Lawas. Buka saja website punya hampa saya, ambil masa yang agak lama.

    Negara Merdeka 53 Tahun tapi kemerdekaan itu hanya dinikmati di bandar-bandar besar. Apa nak jadi? Jalur lebar asyik disebut oleh pemimpin-pemimpin kita tapi itupun untuk penduduk di bandar saja.Bagaimana dengan orang di Lawas kan buka website saja mengambil masa yang lama. Hendak buat kerja pun bosan. Bukan main-main diuar-uarkan didada akhbar, corong radio, tontonan dikaca TV namun hanya omong-omong kosong.

    Kami di Lawas ketinggalan, tidak dapat pihak komunikasi nak menampung pengguna di Lawas. Apakan jadi dengan pelajar-pelajar yang dahagakan maklumat, hendak mencari bahan untuk kerja kursus subjek tertentu, bahan-bahan lain untuk pembelajaran mereka, sudahlah pusat tuisyen tidak ada, sekurang-kurangnya melayari internet dapat juga menambah ilmu.

    Begitu juga dengan generasi tua yang dahagakan ilmu ICT, sampai bila mereka diberi peluang untuk menikmati kemudahan yang canggih ini. Apa akan jadi dengan pelajar lepasan sekolah tambahan semua permohonan melalui atas talian (nya orang kampung kitani "online" ) inda tah dapat anak-anak di Lawas ani berkeraja, apatah lagi kan masuk universiti, mengisi borang pun sampai berjam-jam, itupun kalau dapat.

    Fikir-fikirlah demi anak watan Lawas supaya tidak jauh tertinggal. Jangan sebut "broadband" kalau di Lawas masih belum dapat atau hanya sebagai aksi sahaja. Saya mohon agar pihak yang berkenaan mencari jalan penyelesaian ke atas perkara ini.

    Date 9/30/2010; Time 7:51:AM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    2 KOMEN:

    1. memang pun...isu ini macam tak nak diselesaikan...kat tempat lain semuanya ok...kat lawas satu kilometer dari pusat bandar semuanya dah tak dapat...apa ni...mana agensi berkenaan,......

      BalasPadam
    2. kalaukan bacakap dan bakunyanyang pada kekurangan atau kelemahan mungkin sehari pun inda habis tapi atas warga yang prihatin,kita berhak mengeluarkan pendapat,saranan atau kritikan berdasarkan pada kemahuan atau kebebasan kita sebagai rakyat malaysia.
      kita tidak boleh lari dari kepincangan,ketidakpuasan atau kekangan tapi kenapa suara-suara yang inginkan kehidupan yang lebih baik sering diketepikan atau tidak mendapat tempat di hati golongan yang memperjuangkan pembasmian kemiskinan,butahuruf atau merapatkan jurang bandar dan luarbandar.

      kerana ada kepentingan tertentu(tidak telus dan jujur)maka apa-apa program yang dirancang tidak akan berjaya.kita sudah nampak contoh itu.
      kita sedih kerana minda kita masih dijajah,kita masih tidak berani berubah atau takut berubah berdasarkan kepentingkan kita akan terhakis.kita masih membuat kesilapan yang sama biarpun kita selalu ditegur dan diajar.

      sebenarnya kita bodoh tapi berpura-pura pintar(pintar-bodoh-bodoh)

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Keluhan terhadap Perkhidmatan Internet. Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top