Terkini
  • Terkini

    Khamis, 9 September 2010

    Majoriti negara Islam raya hari Jumaat

    Umat Islam China mengerjakan solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Besar Dongguan di Xining, wilayah Qinghai semalam. – Reuters

    RIYADH 9 Sept. – Arab Saudi, Mesir dan Lebanon bakal merayakan Aidilfitri esok (Jumaat), yang menandakan selesainya umat Islam menjalani ibadah puasa selama sebulan.

    Menurut agensi berita rasmi SPA, majlis tertinggi Arab Saudi menitahkan bahawa Khamis merupakan hari terakhir berpuasa sebelum menyambut Aidilfitri pada Jumaat.

    Keputusan tersebut bergantung kepada penglihatan bulan dan oleh sebab itu, hari raya disambut pada hari yang berbeza-beza di seluruh dunia.

    Kebanyakan negara Teluk itu berpandukan kepada Arab Saudi, yang merupakan tuan rumah bagi dua kota suci iaitu Mekah dan Madinah, untuk menentukan tarikh bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

    Sambutan hari raya yang juga jatuh pada hari Jumaat, hari suci bagi umat Islam, dianggap penuh dengan keberkatan.

    Sebuah badan yang mengeluarkan fatwa di Mesir, Darul-Ifta turut mengumumkan bahawa Khamis mungkin menjadi hari terakhir rakyat Mesir berpuasa.

    Dar al-Fatwa, yang bertindak sebagai kuasa tertinggi Sunnah di Lebanon juga berkata, Aidilfitri akan disambut di Lebanon pada hari Jumaat.

    Hari Raya Aidilfitri bertujuan meraikan penyucian yang dicapai setelah berpuasa selama sebulan, satu daripada lima tuntutan rukun Islam dan diraikan dengan meriah selama beberapa hari.

    Bandar raya di Arab Saudi merancang mengadakan pertunjukan bunga api dan persembahan untuk orang ramai.  Beberapa negara seperti Albania, Bosnia dan China yang penduduk Islam adalah minoriti, menyambut Aidilfitri semalam. – AFP

    Brunei bila??
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Majoriti negara Islam raya hari Jumaat Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top