Terkini
  • Terkini

    Isnin, 20 September 2010

    Majlis Ramah Tamah bersama YB Datuk Amar Awang Tengah


    Ranting PBB Kampung Punang dan Punang Jaya bersyukur kerana telah dapat bersama-sama YB Datuk Amar Awang Tengah B. Ahli Hasan dalam Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri yang telah diadakan di SK Punang pada 14.09.2010.

    Antara yang turut serta ialah isteri YB Datuk Amar, Datuk Hajjah Dayang Morliah, YB Datuk Henry Sum Agong serta Ketua-Ketua Masyarakat yang tidak melepaskan peluang untuk beraya bersama.





    Majlis memotong Kek bersama Ketua Ranting Kampung Punang













    YB Datuk Amar begitu gembira bersama warga emas
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    5 KOMEN:

    1. selamat hari raya............................

      masih belum terlambat untuk mempamer ucapan keramat itu untuk peminat/pelayar Punang.com kerana syawal dirai sebulan.

      Terimakasih pada Datuk Amar kerana sudi bercamar duli,melihat segala kepincangan atau kekurangan yang masih menghantui sebahagian dari kawasan-kawasan dalam jajahannya.Kepincangan bukan sahaja berkisar dalam bentuk kekurangan pembangunan pasaranya tapi juga kekurangan dalam bentuk minda pemimpin yang lantik(ketua ranting,penghulu dan ketua kampong)

      Kita melihat dengan nyata bahawa ketua ranting kpg Punang tidak selayaknya menjadi ketua kerana tidak mempunyai minda dan penampilan yang boleh dibanggakan.Bercakap seperti budak tadika.
      Kita bukan menghina tapi bercerita berdasarkan fakta.
      Kalau kita mahukan kemajuan yang berterusan baik dalam bentuk spiritual atau mental,kita mesti melahirkan atau membina pemimpin yang boleh menjadi jurucakap yang berkesan kepada permasalahan yang menghantui komuniti kita.Bukan untuk kepentingan individu tertentu.Kita terlalu jauh tertinggal dalam mengejar pembentukan bangsa dan individu yang dapat merobah komuniti kecil itu supaya dapat bersaing dengan jaya dalam lingkaran kefasikan dunia.

      kita tidak boleh lagi berangan-angan atau bermain dengan sms,yang pasti kita mesti menekan punat 'ENTER'

      BalasPadam
    2. salam kemesraan,

      banyak isu yang boleh diketengahkan seperti masalah air,masalah klinik yang sepatutnya boleh dibina dikawasan kampong Punang kerana populasinya boleh dikategorikan sudah mencukupi untuk membina sebuah,masalah liputan internet yang sehingga kini belum ada penyelesaiannya biarpun kita seringkali menyuarakan pemasalahan ini kepada pihak-pihak yang terlibat seperti celcom maxis dan dg.

      Media massa sering mewar-warkan untuk membina bangsa Malaysia yang terkehadapan dan berketrampilan dengan kualiti yang tersendiri,kita mesti celik it.Kita sering diretorikan 'rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan'.Apa yang didahulukan untuk rakyat?,ketirisan sesuatu projek,ketidaktulusan dalam penagihan projek,ketidakprihatinan terhadap sistem pengagihan kekayan negara.

      Wahai rakyat kampong Punang,kamu tekah didahulukan dengan kenaikkan harga gula dan minyak dengan mengurangkan subsidi.
      Wahai rakyat kampong Punang,kamu telah didahulukan dengan sistem pengurusa air yang lemah dan tak berkualiti dengan sekejap ada dan sekejap tak ada dan 'bagalugut'
      Wahai rayat kampong Punang,kamu telah melahirkan seorang ketua ranting yang dungu dan tak berkemampuan memikul tanggungjawap itu.
      Wahai rakyat kampong Punang,kamu telah melahirkan seorang Penghulu dan ketua kampong yang berjiwa projek.

      i will continue later.

      BalasPadam
    3. Wahai penduduk kampung Punamg bangkitlah utk menegakkan keadilan dan ketidak berkesanan tanggungjawab seorang penghulu dan Ketua Kampung2 yang mementingkan diri dan kroninya.Pecatlah mereka ini melalui protes dan vote of no confident.....

      BalasPadam
    4. assalamualaikum w.b.t,
      Masyallah .........ALLAHUAKBAR....ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR
      Buangkan perasaan P.H.D sekiranya ingin menjadi seorang beramanahkan pemimpin,Di ingatkan sebagai orang ISLAM semua anggota badan manusia ini hanyalah pinjaman sementara,dan ANGGOTA PALING AWAL DIHISAF adalah MULUT.JAGALAH MULUT-MULUT ANDA.Dosa FITNAH dan menyakiti hati seseorang tidak akan terampun sekiranya tidak diampunkan empunya.JADI, JAUHILAH FITNAH.Sekiranya Anda Di pihak yang benar, TAMPILKAN DAN JADIKAN CONTOH KEPADA MASYARAKAT (PIKUL TANGGUNGJAWAB DAN BERAMANAH,TELUS, JUJUR) DAN JANGANLAH ASYIK MEMANDANG KE ATAS melalui TAKBUR,BONGKAK,sombong kerana kelebihan ILMU mahupun HARTA yang dimiliki kerana AMAT dibenci ALLAH S.W.T sifat tersebut.Ingat hidup kita di dunia hanyalah SEMENTARA.Jangan hanya pandai cakap belakang dan Jagalah mulut-mulut anda.ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLLAHUAKBAR
      Jangan TAKBUR dengan ilmu yang telah diberikan oleh ALLAH S.W.T,Sebaik-baiknya pengkongsian ILMU adalah barakah.

      BalasPadam
    5. Diperakui kepentingan teknologi , internet di dalam kehidupan seharian.Janganlah disalah gunakan.Jangan hanya mencari kesalahan orang lain.Janganlah menakbur fitnah dan menyakiti hati orang lain.Janganlah memperlekehkan orang lain.Bahasa melambangkan budi bahasa kita,SAYANGILAH MULUT ANDA.
      JIKALAU ANDA merasakan diri anda bersesuaian dan sanggup memikul tanggungjawab dengan JUJUR,AMANAH,TELUS, tampil kemukakan di masyarakat.JANGAN JADI DINDING-DINDINGAN MENGINTAI DI PINGGIR-PINGGIRAN.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Majlis Ramah Tamah bersama YB Datuk Amar Awang Tengah Rating: 5 Reviewed By: AM/AD
    Scroll to Top