Terkini
  • Terkini

    Jumaat, 15 Oktober 2010

    Cikgu Noel



    Siapa di Lawas yang tidak kenal Cikgu Noel lebih-lebih lagi yang seangkatan atau pernah bermain bolasepak dengan beliau. Beliau berada di Lawas selama 4 tahun - di antara tahun 1967 hingga 1970. Selama berada di sekitar Lawas kehadiran beliau banyak memberi impak positif dalam kemajuan pembelajaran anak-anak, pembangunan sekolah dan permainan bolasepak.

    Antara impak positif dan ‘bekas tangan’ beliau termasuk idea manambah bangunan SRK Sundar, bertambahnya lulusan Common Entrance dari Sundar, Punang dan Kuala Lawas dan menyumbang kepada kemajuan bolasepak. Murid beliau yang paling berjaya ialah Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

    Pada umur semuda 21 tahun Cikgu Noel sudah menjadi GB sekolah setelah setahun menjadi Timbalan GB di SRK Sundar. Karier sebagai Guru Besar bermula di SRK Punang pada tahun 1968. Sebagai rekod beliau pernah mengajar di sepuluh buah sekolah dan paling lama beliau menetap di sesebuah sekolah ialah 13 tahun dan paling minima selama satu tahun.

    Sebagai GB, beliau mengajar tujuh buah sabjek termasuk Bahasa Inggeris(English), Kira-kira (Arithematic), Sejarah (History), Ilmu Alam (Geography), Lukisan (Art), Nyanyian (singing), dan Pelajaran Jasmani (Physicak Exercise). Berbeza masa kini, bahasa pengantar pada masa itu ialah Bahasa Inggeris.

    Perperiksaan yang sekarang diganti tengan SRP pada dahulunya ialah”Common Entrance” Kertas soalan dicetak di England dan perperiksaan berkonsepkan ala British. Murid-murid hanya menduduki tiga buah sabjek iaitu Bahasa Inggeris, Arithemetik dan Pengetahuan Am (General Knowledge).

    Kertas Pengetahuan Am merangkumi sabjek Ilmu Alam, Sejarah, hygiene dan sivik. Tidak ada perperiksaan bagi matapelajaran Nyanyian dan Latihan Jasmani.

    Berasal dari kampong Baru Mawang, Serian, beliau dilahirkan pada 21 June 1947 dan diberi nama dengan 4 perkataan, Noel. Beliau, yang disebut dengan nada bahasa Brunai sebagai “Cigu Nuill” berkahwin pada 16 August 1970 dan mempunyai 3 orang anak dan 7 orang cucu. Anak lelaki yang sulong bekerja sebagai pegawai emigresen dan 2 orang anak perempuan masing-masing bekerja sebagai pembantu peguam dan pegawai syarikat transportasi di Serian.

    Setelah bersara dari berkhidmat dalam profesion guru selama 37 tahun 8 bulan, beliau dilantik menjadi Ketua Kaum bagi kampong Baru Mawang, Serian sejak Jun 2003.

    SRK Sundar
    Sebaik tamat kursus perguruandi Batu Lintang Teachers Training College (BLTC) pada tahun 1966, beliau dihantar ke SRK Sundar sebagai Timbalan GB dengan gaji bulanan RM150 dan elaun guru sebanyak RM50. GB pada masa itu ialah Cikgu Haji Matzin.

    Mengikut beliau, pada masa itu SRK Sundar mempunyai murid yang paling ramai di Daerah lawasdan disebabkan tidak mempunyai bangunan sekolah yang mencukupi ada segelintir murid yang belajar di Balairaya. Malah Darjah enam yang melebihi 50 murid ditempatkan dalam 2 kelas. Pada keseluruhannya jumlah murid melebihi 180 orang.

    Dalam tahun yang sama dengan sumbangan dan bantuan orang kampong, bangunan sekolah dapat didirikan bagi memberi keselesaan pada murid yang belajar di balairaya.


    SRK Punang
    Setahun kemudian, pada 1968 beliau dihantar ke SRK Punang bagi mengisi jawatan GB. Beliau disokong oleh Cikgu Matyasin, Cikgu Morhibi dan Cikgu James Junau Kusau.

    Disebabkan minat terhadap bolasepak begitu mendalam, beliaulah orang yang instrumental membina padang bolasepak sekolah yang ada hingga sekarang dan beliaulah yang turun-naik ke Majilis daerah dan jabatan pelajaran memohon pembinaan bangunan sekolah yang masih digunakan hingga sekarang. (Pada masa itu pembinaan sekolah adalah dibawah kuasa Majlis Daerah)

    SRK Seberang Kuala Lawas
    Tetapi tidak lama selepas itu beliau amat diperlukan di SRK Seberang Kuala Lawas. Selama 2 tahun beliau hanya dibantu oleh seorang guru iaitu Cikgu Tanin. Mengikut beliau, pada tahun pertama mereka berdua mengajar 2 buah kelas iaitu darjah 3 dan 5 tetapi pada tahun berikutnya (1970) dengan kemasukan murid baru kelas bertambah menjadi 3 buah iaitu darjah 1, 4 dan darjah enam.

    Masalah yang dihadapi murid pada ketika itu ialah apabila musim bertanam padi.

    Beliau seorang yang komited dan suka kepada cabaran. Seramai 4 orang yang disenaraikan oleh BLTC untuk berkhidmat di daerah lawas, hanya beliau yang menyahut cabaran untuk datang ke daerah yang dianggap asing dan terpencil pada ketika itu.

    Atas kesannggupan itu beliau mendapat hadiah berupa wang sebanyak RM100 dari Tuan Micockenel, Pegawai Pelajaran Negeri berbangsa Inggeris pada masa. (RM100 pada ketika itu lebih-kurang kekuatan membeli sebanyak RM1,500 pada masa kini –jika diukur dari sample harga gula)

    Sejarah Sekolah
    Noel mulai memasuki alam persekolahan setelah berumor 7 tahun 6 bulan iaitu pada tahun 1955 di SRK St Bernabas dan meneruskan tahun 5 dan 6 di SRK St John sebagai pelajar boarding. Pdari tahun 1961 hingga 1963, Cikgu Noel berhijrah ke SMK St Thomas Kuching untuk meneruskan peringkat sekolah Tingkatan 1 hingga tingkatan 3.

    Bermulanya kerier
    Cinta beliau kepada profesen ini bermula apabila beliau di ambil sebagai tenaga pengajar taraf sementara di SRK Riih Daso pada 1964. Pada tahun 1965 beliau diterima masuk sebagai guru pelatih di BLTC selama dua tahun.

    Kemuncak karier beliau bermula setelah tamat berlatih dan dihantar ke SRK Sundar pada tahun 1967 dan pada ketika itu mangambil masa selama 2 hari untuk sampai ke Daerah Lawas.

    Setelah 3 bulan berkahwin pada 16 August 1970 – beliau terus terus berpindah dan pada 1971 mula mengajar di sekolah asal iaitu SK Riih Daso, Serian. Setahun kemudian beliau berpindah lagi ke SRK Rayang dan menatap di sana sehingga 1974

    Pada 1975 – beliau diminta mengajar di SRK Merbau, Balairingin selam 3 tahun sebelum berpindah pada 1978 ke SRK Lebur-Remun, Jalan Gedong.

    Setelah lima tahun di SRK Lebur Remun, sekali lagi beliau dikehendaki mengajar di SK Samarahan Estate selama 5 tahun iaitu dari tahun 1984 hingga 1988.

    Pada 1989 beliau kali terakhir berpindah ke SK Sungai Kenyah, Serian selama 13 tahun hingga pencen pada January 2003.

    *****************************
    "The worst form of inequality is to try to make unequal things equal" -Aristotle
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    2 KOMEN:

    1. Tanpa Nama5/2/11 4:47 PTG

      PEMBETULAN FAKTA:
      Untuk makluman yang jitu dan sahih bahawa Cikgu Noel bukanlah Guru Besar termuda di Lawas. Kalau mengikut daftar surat beranak yang sebenar, Cikgu Tanin merupakan satu-satunya Guru Besar yang paling muda di Lawas kerana menjawat jawatan Guru besar ketika berumur 16 tahun.
      Pada hakikatnya usia muda Cikgu Tanin tidak melayakkan beliau untuk berkhidmat sebagai penjawat awam kerana masih di bawah umur.Akan tetapi atas usaha dan desakan daripada SAO (School Afair's Officer)ketika itu-Cikgu Razali Chee, ditambah pula dengan ketiadaan calon yang berkelayakan, maka Pengarah Pelajaran pada waktu itu telah meluluskan perlantikan beliau.
      Cikgu Noel yang lahir pada tahun 1947 telah dilantik menjadi Guru Besar pada tahun 1968( berumur 21 tahun)di SRK Kpg seberang . Cikgu Tanin pula dilahirkan pada 1 Januari 1950 dan telah menjawat jawatan Guru Besar pada 16 Januari 1966(berumur 16 tahun) bertugas di SRK Awat-awat mengganti Cikgu Abdul Ghaffur yang berpindah ke SRK Sundar. Di SRK Awat-awat, Cikgu Tanin telah dibantu oleh Cikgu Bawai bin Munjil (orang tempatan) dan Cikgu Hashim bin Abi (berasal dari Punang).
      Atas kepentingan perkhidmatan, Cikgu Tanin kemudian dipindah bertugas di SRK Ba'kelalan sebelum meneruskan khidmat beliau di SRK Kpg seberang bersama Cikgu Noel.
      Menurut sumber daripada empunya badan sendiri (Cikgu Tanin), bahawa Cikgu Noel hanya bertugas sementara di SRK Sundar dan memegang jawatan timbalan Guru Besar. Gaji yang diterima oleh Cikgu Noel sepatutnya ialah RM210.00 Gred 3A) tanpa menerima sebarang elaun kerana ketika itu beliau bukan memegang jawatan Guru Besar.Pada tahun 1968 baharulah Ckgu Noel memegang jawatan Guru Besar di SRK Kpg Seberang, Kuala Lawas dan menerima elaun tambahan RM27.00
      Sebagai pengetahuan dan pembetulan juga,bahawa Cikgu Noel tidak pernah mengajar di SRK Punang (kalau adapun mungkin `tiada dalam rekod'). Cikgu Noel sebenarnya tiada kena mengena dengan instrumental membina padang sekolah di SRK Punang. Padang tersebut telah wujud sebelum tahun 1966 lagi.Ini diakui sendiri oleh Cikgu Tanin yang pernah bermain bola sepak di situ pada tahun 1966. Individu yang terlibat secara langsung dengan pembangunan padang di situ ialah Cikgu Alexander Mok iaitu Guru Besar SRK Punang ketika itu.
      Sedikit pembetulan juga mengenai peperiksaan SRP yang dikaitkan dengn "Common Entrance". Sebetulnya peperiksaan
      "Common Entrance" cuma setaraf dengan peperiksaan UPSR (Tahun 6) sekarang. Manakala peperiksaan SRP sama taraf dengan "Sarawak Juniour Certificate" (Tingkatan 3). Dan sebetulnya juga "Common Entrance" ada 4 subjek iaitu BM,Arithmatic,English dan General Knowledge

      Sekian...........

      BalasPadam
    2. Terima kasih atas pembetulan fakta di atas tetapi pihak kami juga tidak dapat verify fakta tuan kerana pihak kami tidak mengenali credibility tuan. Walaubagaimanapun fakta tuan berasas dan logik urutannya. Seperkara lagi, Cikgu Noel memang pernah mengajar di SRK Punang seperti yang dipaparkan.

      Sekali lagi, kami mengalu-alukan maklum balas seperti ini dan biodata ini akan diupdate dan diubah sedikit masa lagi.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Cikgu Noel Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top