Terkini
  • Terkini

    Khamis, 28 Oktober 2010

    CIMB Asia Pacific Classic: Hari Pertama Kejohanan

    Lapuran terus dari The Mines (4 petang): PANAS terik di sebelah petang amat memberi cabaran kepada pemain pro dalam kejohanan CIMB Asia Pacific Classic yang buat pertama kali tampil beraksi di bumi Malaysia.

    Cabaran cuaca yang tidak menentu tadi dilalui oleh semua pemain yang semuanya memulakan pukulan di lobang pertama di The Mine Resort and Golf Club yang diubahsuai khusus untuk kejohanan berprestij itu. Pemain memerlukan kebijaksanaan untuk melepasi perangkap pasir dan air selain green yang laju

    Hari ini saya mengikuti kumpulan Charlie Wi dari Korea dan Rickie Fowler dari Amerika Syarikat. Charlie Wi berjaya menempatkan diri dipersada lima pemain terbaik hari pertama dengan pukulan 6 di bawah par 65 manakali Rickie Fowler hanya mengumpul 3 dibawah par 68.

    Pemain berumor 22 tahun, Rickie Fowler adalah pemain profesional - yang membina bersejarah sebagai yang paling cepat melayakkan diri ke keluarga PGA - sudah dianggap sebagai bintang baru AS. Tetapi pada hari ini saya saksikan beliau terganggu oleh cuaca yang panas terik terutama sekali di antara lobang ke 10 hingga ke 18.

    Fowler bermula garang dengan birdie, par, birdie pada 3 lobang pertama sebelum boogie pada index satu lobang ke 4. Mulai lobang kelima Fowler sekali lagi nampak berpotensi mendahului hari pertama dengan birdie, par,birdie, par, birdie dengan kesudahan 31 pukulan pada 9 lobang pertama.

    Tetapi keghairahan anak muda ini tidak berterusan apabila mengumpul 37 mata pada 9 lobang kedua. Permainan yang dicemari dengan 2 boogie handa melakar satu birdie.

    Charlie pula lebih matang dalam permainan beliau dan menutup hari pertama tanpa boogie. Beliau mengumpul keseluruhan 6 birdie yang mana 3 diperolehi masing-masing pada 9 lobang pertama dan kedua.

    Charlie Wi sepatutnya mendahului persaingan hari pertama jika tidak mensia-siakan pukul birdie yang dekat pada 3 lobang terakhir.

    Flight atau kumpulan ini adalah kumpulan yang paling popular pada hari pertama kerana mulai lobang pertama lagi lebih kurang 120 meminat golf sejati mengikuri pasangan ini termasuk 2 orang 'pemerhati kehormat' dari Kumpulan Sapura. Tarikan adalah kepada Rickie Fowler.

    Dalam pada itu pemain professional tunggal negara, Shaaban Hussin masih tercari-cari momentum dengan sekadar melakarkan satu di atas par 72.

    Kejohanan sulung itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$6 (RM18.68 juta) dengan juara mendapat US$1 juta (RM3.11 juta).

    Membuat lapuran terus dari the Mines dari 26 Oktober hingga 31 November
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: CIMB Asia Pacific Classic: Hari Pertama Kejohanan Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top