Terkini
  • Terkini

    Rabu, 27 Oktober 2010

    CIMB Asia Pacific Classic: Persediaan Pertandingan

    Lapuran langsung dari The Mines Resort and Golf Club (27 Okt 2010): Saya terlibat secara langsung dalam menjayakan pertandingan golf yang bertaraf dunia. CIMB Asia Pacific Classic Malaysia, yang akan berlangsung di sini dari 28 Oktober hingga 31 Oktober. Pada 1999, tempat ini juga adalah venue kejohanan Golf Piala Dunia ke-45 di mana Tiger Woods muncul juara.

    Sebagai fakta sejarah , CIMB Asia Pacific Classic Malaysia adalah kejohanan pertama Tour diiktiraf (sanctioned) oleh Persatuan Golf Profesional (PGA) di Asia Tenggara.

    Kejohanan yang akan bermula esok, seramai 38 pemain akan bersaing merebut hadiah AS$6 juta (RM20.4 juta), dengan juara akan membawa pulang AS$1 juta (RM3.4 juta). CIMB Asia Pacific Classic Malaysia juga akan menampilkan 25 pemain teratas dalam kedudukan akhir PGA Tour FedExCup. Tetapi Malangnya Tiger Woods tidak dapat beraksi kali ini.

    Jack Warfield adalah orang bertangging jawab mengetuai pertandingan ini di Malaysia.

    Pro berlatih di lapangan Sasar

    Score board

    Galeri dan Granstand di sekeliling lobang 9 dan 18

    Di Luar kelab the Mines

    Krew TV membuat persediaan di lobang ke 9
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: CIMB Asia Pacific Classic: Persediaan Pertandingan Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top