Terkini
  • Terkini

    Khamis, 21 Oktober 2010

    Wawancara dengan Ketua Pasukan Punang Gemilang

    Interviu melalui Video Conferencing dengan Ketua Kontingen/Pasukan Punang Gemilang oleh Punang.com pada 20 Oktober 2010.

    P.com: Boleh cerita sedikit mengenai pemilihan pekayuh-pekayuh pasukan Punang?
    Bob Lair : Untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap, sememangnya kita membuat pemilihan ketat untuk mengambil ahli dengan menekankan pada kebolehan individu, pengalaman, asas kayuhan, kekuatan stamina, kerja berpasukan serta yang paling penting adalah disiplin.

    Bagi saya tidak ada kompromi dalam soal disiplin pekayuh samada waktu latihan mahupun semasa pertandingan. Pihak pengurusan tidak teragak-agak menyingkirkan mereka-mereka yang tidak menepati standard discipline kami.

    P.com: Apakah rempah kearah menjadi juara ?
    Bob Lair : Mempunyai sebuah pasukan yang mantap belum menjamin sebarang kemenangan tetapi ia harus disertakan dengan semangat juang yang tinggi untuk mengalahkan lawan selain memfokuskan minda untuk bergelar juara.

    Sang juara tidak pernah berputus asa dan orang yang berputus asa tidak pernah menjadi juara. Salah satu sifat yang dimiliki oleh Juara ialah sentiasa bersikap positif dan yakin bahawa yang dilakukan akan membuahkan hasil.

    P.com: Jika saudara tidak ada keberatan menerangkan strategi Punang Gemilang pada temaysa ini?
    Bob Lair: Tidak ada strategi baru yang digunakan pada regatta masa ini. Ingin saya nyatakan bahwa kekuatan Punang Gemilang terletak pada semangat kental pekayuhnya yang tidak pernah menyerah kalah dan semangat ini menular keseluruh penduduk kampong Punang yang begitu setia memberi dorongan dan semangat kepada pasukan kami. Mereka inilah yang sanggup berkorban dan ikhlas berjuang untuk Kampung Punang.

    Malah saya berbangga dengan kekuatan dan jatidiri yang ada pada mereka. Bagi kami ‘biar kalah tetapi jangan mengalah’

    P.com: Pada pendapat anda siapakah pencabar utama dalam mencapai cita-cita pasukan Punang untuk merampas kembali piala Raja Batang Limbang?

    Bob Lair: Bagi acara Raja Sungai, saya menanggap semua pasukan yang turut serta sama kuat dan saya pasti tidak ada satu pasukanpun yang menyertai sekadar ‘mencuba’ untuk menjadi juara.

    Kita tidak underestimate pasukan Ikan Paus, Pedang Salji dari Limpaku Pinang dan 1Malaysia ataupun  mana-mana pasukan. Masing masing mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri. Namun kalau berdasarkan rekod juara pasukan Putera dari Kuala Lawas mempunyai kelebihan dari pasukan lain.

    P.com: Pesanan Saudara kepada perserta?
    Bob Lair: Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT BERJUANG kepada pekayuh Punang Gemilang dan kepada penduduk Kampung Punang, dimana saja mereka berada, saya ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan atas semangat yang diberikan.

    Punang...GO....GO... GO

    Punang.com mengucapkan terima kasih kepada Saudara Bob kerana sudi meluangkan masa dan kami iringkan doa agar Punang Gemilang beroleh kejayaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    2 KOMEN:

    1. Malah saya berbangga dengan kekuatan dan jatidiri yang ada pada mereka. Bagi kami ‘biar kalah tetapi jangan mengalah’- Kata-Kata dari Pengurus ini adalah Azimat yang perlu disematkan kedalam nurani setiap Pekayuh kitani..Syabas !!

      BalasPadam
    2. tahniah kampung punang,
      memenangi raja sungai limbang 2010...
      syabas

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Wawancara dengan Ketua Pasukan Punang Gemilang Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top