Terkini
  • Terkini

    Ahad, 17 Oktober 2010

    Maklumat+Minda+Mata (3M)



    Di dunia yang semakin mencabar ini kita terpinga-pinga mencari penyelesaian yang efektif..

    Di dunia yang semakin mencabar ini kita terkapai-kapai dalam lautan yang tak berarus..

    Di dunia yang semakin mencabar ini kita mendaki dengan setiap langkah yang longlai...

    Di dunia yang semakin mencabar ini kita cuma melihat insan yang di atas semakin tinggi...

    Di dunia yang semakin mencabar ini kita melihat masalah itu satu kuman yang bijak...

    Pernahkah anda terfikir bermulanya satu kejayaan adalah satu kegagalan?
    Tahukah anda kegagalan itu adalah satu lambang kejayaan..

    Mencari penyelesaian untuk satu masalah bukanlah satu benda yang membolehkan kita tidur lena, setiap masalah itu akan semakin bertambah tetapi ia hanya akan membuat kita lebih realistik kepada kehidupan sebenar...

    Gejala negatif yang merebak di Punang seperti tiada penyelesaiannya, dan dilihat akan menjadi tren kepada budak-budak baru untuk mesti mengikuti cara hidup yang jauh terbabas di landasan kejayaan. Mereka seperti terpanggil untuk mencuba, kerana bila mereka ikut serta, dia akan terasa bangga bila di lihat kawan-kawan. Apa maksud semua ini?

    Para pemimpin di kampung Punang nampak seperti sebuah bangunan yang indah dengan ukiran unik, berlantaikan marmar yang berkilau, tetapi dalam bangunan ini penuh dengan sampah yang berbau. Mereka boleh di di jatuhkan pada bila-bila masa dengan alasan yang mereka tak menjalankan tugas yang patut pada kampung halaman, tapi adakah kita tahu akan tugas mereka sebenar? Adakah kita tahu saluran sebenar penyelesaian masalah kampung?

    Memang untuk menyelesaikan masalah sosial bukan jalan mudah, adakalanya kita akan bertindak diluar kawalan sehingga melibatkan masalah dalaman dan memberi kesan kepada kehidupan. Jika kita mengunakan kekerasan pasti ada perkara yang tak diingini berlaku, dan ia akan melibatkan dendam antara keluarga masing-masing, kerana kebanyakkan manusia bersikap ego tak akan mengaku kesalahan yang dilakukan, ada saja alasan yang membetulkan perbuatan mereka, inilah golongan yang kita harus elakkan dari menjadi pemimpin. Golongan ini seperti kuman dalam badan anda, bila kuman itu anda biarkan dalam badan anda, mandi tak guna sabun, sebelum tidur tak berus gigi, kuman ini akan hidup dengan selesa dalam badan anda dan setiap hari ia akan membiak, dan ia akan menjadi penyakit dan memudaratkan. dan bila ia sudah menjadi penyakit bermakna anda sudah terlambat untuk bertindak, anda cuma mampu menahannya..tapi untuk menghapuskannya kembali mungkin akan mengambil masa dan perlukan semangat yang kuat.

    Gejala judi, minum arak di kampung Punang sudah menular seperti kuman yang bermaharajalela di dalam badan anda. Ia terlalu susah untuk di bendung dengan pelbagai cara, orang-orang tua di kampung seperti hilang akal menyelesaikan walaupun mereka tahu anak mereka terbabit dalam aktiviti yang kurang bermoral ini. Siapa harus di salahkan kalau kita selidik dari bermulanya gejala ini, nak di salahkan si pelaku?..adakah orang tua mereka tidak mendidik mereka ilmu agama?

    Saya bukanlah dalam golongan insan yang baik dari segala sudut, tapi sekurang-kurangnya kita boleh mencuba dengan pendekatan yang berbeza, mengunakan masa, mengunakan minda, mengunakan mata, mengunakan hati dan sebagainya pasti akan ada perubahannya.

    Menjana ilmu bermula sejak kecil, menjana ekonomi bermula dari usaha, menjana kejayaan bermula dari keyakinan dan semangat.

    Saya ingin membuat pendekatan yang mungkin berbeza walaupun mungkin ia akan memakan masa dalam diri dan masyarakat, pendekatan melalui mata dan minda yang akan tersemat kedalam jiwa masing-masing, mungkin ia boleh kita cuba walaupun nampak seperti satu kerja remeh.

    Pengalaman saya melawat ke tempat-tempat pelancungan di Malaysia membuktikan ia satu fenomena yang patut kita contohi, kita akan sesat tampa petunjuk arah, tampa papan tanda dan tampa akal fikiran.

    Bagaimana sekiranya pihak yang berwajip atau mungkin digelar pemimpin meminta peruntukkan untuk membuat dan mendirikan Papan Notis di tempat yang mungkin di gelar panas, tempat penduduk kampung beristirehat (lepak) dan sebagainya yang membolehkan penduduk kampung mendapat maklumat terkini dari pelbagai sudut dan minda. Papan notis yang selamat dari segala anasir yang boleh merosakannya seperti alam dan manusia.

    Kita membuat papan notis yang mempunyai pelbagai maklumat dari bermacam sumber, kita boleh membuat pengiklanan, maklumat sejarah, maklumat perniagaan, maklumat politik (jika perlu), maklumat agama dan pelbagai maklumat yang tak pernah habis selagi manusia hidup di dunia ini.

    Ini secara tak langsung akan membuat penduduk kampung terdidik apa yang dikatakan 'membaca jambatan ilmu', tak dinafikan bila seseorang insan itu banyak membaca dari sumber yang betul ia akan lebih mendidik insan itu lebih berpengatahun dan beraklak. Saya tertarik dari sudut keagamaan, kita paparkan pelbagai info tentang agama, maksud saya ialah kita jangan terus-menerus mengacukan senjata pada pesalah dan menembaknya, kita paparkan secara perlahan-lahan tentang ayat-ayat suci yang berkaitan mengenai dosa dan pahala, mungkin tujuan saya untuk memberi kesedaran pada ahli kasino kampung.

    Saya rasa ahli kelab kasino di kampung semua pandai membaca, insyaallah berkat usaha sebegini kita akan melihat ahli mereka akan berkurangan, mungkin ia mengambil masa, tapi saya rasa kita semua mungkin akan lebih selesa bila melihat generasi yang baru di kampung membuat kerja yang berfaedah.
    Mungkin kita nampak sudah terlambat, tapi kita masih ada peluang untuk hidup dengan harmoni serta indah. Kita lihat dengan minda apakah kesan yang berlaku dari papan notis yang kaku ini nanti.

    Mungkin para pembaca faham apa yang saya maksudkan dalam artikel ini, dan mungkin kita hanya sebagai pembaca, dan saya nak anda faham. Mungkin saya hanya berani untuk memberi cadangan tapi melakukannya jauh sekali, ini hanya satu cadangan dan terpulang kepada pada pihak yang berwajip untuk mempertimbangkanya.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Maklumat+Minda+Mata (3M) Rating: 5 Reviewed By: AMBUYAT
    Scroll to Top