Terkini
  • Terkini

    Selasa, 19 Oktober 2010

    Punang Gemilang akan mengocak Sungai Limbang

    Acara final Raja Sungai Sarawak di Kuching pada tahun 2008

    Seramai 60 orang pekayuh dan pegawai daripada Kampung Punang akan turun mewarnai Sungai Limbang dengan satu matlamat iaitu untuk merampas kembali Piala Raja Batang Limbang yang pernah dimenengani pada tahun 2007.

    Ketika ditemui baru-baru ini, Ketua kontinjen Pasukan Saudara Bob Lair mengatakan yang pasukan beliau amat bersedia untuk acara kemuncak pada petang sabtu nanti. Mengikut beliau "Pekayuh Pasukan Punang mengadakan latihan di sungai dan berlari sebanyak 10 kilometer hampir setiap hari"

    "Kami tahu ramai pasukan yang mengidamkan Piala Raja Batang Limbang, tetapi kami tidak gentar dan tidak merasa tertekan kerana menjulang piala tersebut pernah kami rasai" Tambah beliau yang baru sampai dari Kota Kuching.

    Bandar Limbang akan menjadi tumpuan pekayuh dari seluruhjajahan Daerah Limbang dan negara Brunei bersempena Pesta Limbang yang akan berlangsung pada 22 hingga 24 Oktober ini.

    Pasukan Punang adalah antara pasukan yang digeruni di mana-mana sungai pada musim regatta. Pada tahun 2008, pasukan ini pernah meloloskan diri ke final dalam acara Raja Sungai Sarawak di Kuching. Pada 600 meter pertama, perkayuh Punang yang membawa obor 'Sri Lawas' adalah antara 3 perahu mendahului perlumbaaan.

    Pada Pesta Limbang 2008 Pasukan Punang dihalang oleh pasukan dari Negara Brunei  yang sekaligus menjadi juara.

    Pada tahun 2007 pasukan Punang menguasai dua buah sungai dengan dianugerhkan Raja Batang Limbang dan Raja Batang lawas.

    Pada tahun ini cabaran utama ialah pasukan Kuala Lawas yang nampaknya lebih bersedia. Berbeza dengan Pasukan Punang, mereka mempunyai banyak perahu dan menyertai banyak acara. Pasukan Kuala Lawas adalah Raja Batang Lawas pada tahun 2009
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    7 KOMEN:

    1. Tahniah....Punang Boleh !!!!.....

      BalasPadam
    2. kah.....kah......kahhhhhhh.
      ketawaku bukan menghina,ketawaku bukan memperkecilkan kehebatan atau kehandalan pekayuh punang yang berjiwa kental dan tidak mengalah sehingga ke garisan penamat tapi yang menjadikan aku kecewa dan tak puashati sehingga kini ialah sistem lorong perlumbaan.baimpit,batamu pangayuh dan sebagainya menjadikan sukan ini sesuatu yang memberi tekanan dan kekecewaan kepada penyokong kepada pihak yang bertanding.

      tidak dinafikan sukan ini begitu popular di kepulauan borneo dan sebahagian dari negara asia,tapi kenapa dan mengapa sistem perlumbaan tidak pernah di ubah kepada sistem yang lebih teratur dan berdisiplin.

      sekiranya sistem lorong tidak begitu praktikal memandangkan sungai yang kecil,kita boleh gunakan sistem masa seperti perlumbaan formula one.permulaan yang tidak segarisan.

      saya cuma mencadangkan.

      BalasPadam
    3. yah...thats gud idea 'tanpa nama'..hope we can get that....caiyukk!!

      BalasPadam
    4. Tahniah kepada pasukan Punang kerana telah berjaya menghantar sepasukan pengayuh dalam persaingan mencari juara atau mempertahankan kejuaraan yang pernah diraih dengan gelaran Raja batang limbang yang dilakukan pada tahun 2007.

      Tahniah kepada Pengurus pasukan Punang,Encik Sulaiman kerana difahamkan beliau terpaksa jadi pengurus biarpun pasukan ini mempunyai banyak kepincangan dan kelemahan.
      Pemilihan pengkayuh yang banyak kerenah,cuma satu perahu saja dapat digunakan dan dibawa ke Limbang dan sokongan kewangan yang terhad.

      Tidak dinafikan Pasukan Kuala Lawas mempunyai sistem pengurusan yang teratur,mempunyai sokongan Pengurus yang mempunyai kewangan yang kukuh dan pengkayuhnya mempunyai pengalaman yang luas sehingga keluar negeri(Brunei).

      Diera 80an sehingga 90an,pasukan Punang adalah antara pasukan yang pernah digalati dan dihormati dalam sukan lumba perahu ini.Di milenium baru ini,pasukan ini sudah hilang taring dan kehebatannya.Kita tidak tahu kenapa tiba-tiba saja pasukan ini kabur(tidak hilang) dari pesaingan hebat ini.Peminat Punang sering tertanya-tanya apa sudah jadi dengan lumba perahu punang?

      Apakah sistem berkayuh masih stail lama?Apakah pengayuh yang digunakan inda libar atau cara kayuhan itu tidak pantas atau terlalu banyak sambanya?
      Atau sistem pengurusan yang tidak memenuhi spesifikasi piawaiaan antarabangsa?
      Atau apa yang lebih parah lagi ialah pengkayuh terlalu degil,tidak mendengar nasihat atau arahan pihak pengurusan?

      Waallahuallam.

      BalasPadam
    5. Jangan tah kasar-kasar cakap atu nah. Biar tia diorang bertarung dulu. patah tia semangat karang. Sokong saja daulu. Kalau bausin, sama-sam ke Limbang menaraisi diorang bakayuh.

      BalasPadam
    6. Pengomen tampa nama (komen ke 2)
      Kemenangan adalah kepuasaan..
      Kekalahan adalah Kekecewakan..

      Cadangan anda memang menarik, tapi anda harus tahu, bukan anda seorang sahaja berfikir sedemikian, pasti pihak penganjur dari semua tempat yang pernah mengadakan acara sebegini sudah terfikir untuk perkara sedemikian.

      Kadang-kadang kita kena lihat tradisi acara ini, dari banyak sudut, KM kita pun pernah menyaksikan acara ini dan terjadi pergaduhan bila mana pasukan kalah tidak berpuas hati dengan kelemahan sendiri, tapi kenapa orang yang mempunyai kuasa dan boleh mencadangkan mengubah format acara ini seperti yang di maksudkan anda tidak cuba mengubahnya?

      Mungkin anda dalam golongan yang bila menerima kekalahan akan menyalahkan pasukan menang dengan erti kata lain 'membuyuk'

      Fakta :
      Argentina menang menentang England dalam perlawanan suku akhir pada 1986 di sebabkan apa yang digelar 'membuyuk' iaitu apabila Maradona menjaringkan gol kemenangan mengunakan tangan.

      Saya bukan insan yang menyokong taktik kotor dalam kehidupan, perniagaan, sukan dan sebagainya.

      Tapi bagi saya buat masa ini, saya tetap menyokong acara lumba perahu kayuh tak mempunyai lorong masing-masing, ia adalah salah satu tradisi, kemeriahan, kontrovesi, dan sebagainya.

      Disini kita akan lihat hebat nya pasukan itu dari segi Taktik dan strategi, kekentalan, kekuatan akan dapat menguasai semua batang. Jika pasukan kita selalu di himpit, apa salah kita lakukan perkara yang sama untuk menunjukkan kita lebih hebat. Jika anda berfikir kononnya kita mahu pasukan yang bersih, adakah anda terfikir anda berdisplin?

      Cadangan kedua : Sistem pengunaan masa.
      Ia satu cadangan yang tak masuk akal untuk acara sebegini, ia akan membuat acara ini membosankan, acara pengunaan masa untuk mengambil kedudukan di Dunia ini cuma diadakan untuk permotoran, disana mereka melihat kehebatan pembuat produk itu.

      Satu pesanan saya, jika anda kalah terima lah kekalahan itu dengan reda, bukan untuk menuding jari dan memberi alasan, kita kena sedar orang lain pun berhak menang jika mereka berusaha dengan gigih dari segala aspek.

      Jika pasukan pengayuh anda kalah, anda kena selidik dari segala aspek.
      Mungkin si pengkemudi kurang cekap@tak sesuai..?
      Mungkin ahli pengayuh hanya mampu setakat itu..?
      Mungkin perahu yang di gunakan sudah tak sesuai..?
      Mungkin pengayuh kecil..?
      Mungkin berat badan ahli pengayuh..?
      Mungkin permakanan bukan utk mencipta tenaga yg diperlukan..?
      dan banyak kemungkinan yang perlu kita selidik dari mengatakan si pemenang membuyuk.

      Saya melihat pada Regatta Sarawak di Kuching yang terdahulu yang pernah di sertai bahagian Lawas (Punang dan Kuala), Para ketua pasukan hanya memberi semangat untuk memenangi acara, tapi saya tak lihat kita untuk cuba menyusun strategi dan taktik, mungkin anda lebih arif untuk melihat dan menyerapkan nya kepada para pelumba ini, bukannya taktik untuk mengambil hati para pengayuh saja.

      Bagi pasukan yang menang saya ucapakan "Tahniah" anda berhak menang..
      Bagi pasukan yang kurang bernasib baik 'Faith..faith.and Faith"..pasti satu masa nanti anda akan dapat lihat hasilnya..

      Perlumbaan Perahu kayuh mempunyai keunikannya tersendiri, ia membuatkan Sarawak terkenal di peta dunia.

      *Tanya lah penganjur atau tanya lah pihak yang berwajib kenapa mereka masih mengekalkan format lama untuk acara ini?

      BalasPadam
    7. Salam sejahtera ,,,, Tahniah pasukan gergasi MIPR Brunei yang berjaya memenangi tropi juara 30 pekayuh piala presiden dan Raja Batang, Sungai Limbang 2013,,,, Di harap pasukan ini dapat mepertahan kejuaraan ini di masa mendatang dan sekali lagi diucapkan syabas ,,,

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Punang Gemilang akan mengocak Sungai Limbang Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top