Terkini
  • Terkini

    Khamis, 21 Oktober 2010

    Siapa bakal Raja Batang Limbang - Apa kata Bisdikita?

    Pada 24 Oktober petang Sabtu Punang Gemilang akan disaingi oleh 6 buah pasukan yang lain untuk merebut tahta Raja Batang Limbang. Dianalisa dari nama pemilik dan pengurus, mereka ini bukanlah orang baru dalam sepak-terajang lumba perahu.


    Banyak ramalan yang kami terima mengenai siapa bakal menjadi Raja Batang Limbang Edisi 2010. Saya ada bertanya kepada saudara Bob, Ketua Kontinjen dalam wawancara semalam dan selepas itu saya bertanya Zaibo mengenai isu yang sama.

    Nazir: Saudara Zaibo, mengikut ramalan kamu siapa yang akan menjadi Raja Batang Limbang pada Sabtu nanti?

    Zaibo: Saya rasa Punang Gemilang mempunyai peluang yang cerah untuk merangkul kembali tahta yang mereka rangkul pada tahun 2007.

    Saudara Zaibo adalah seorang artis negara yang popular dan sering muncul dikaca TV.



    Tuan Haji Halim Mohamad, seorang peniaga yang berjaya meramalkan yang Kuala Lawas mempunyai harapan cerah untuk dinobatkan Raja Batang Limbang kali ini.

    Nazir: Apa alasan Tuan Haji memilih Putera akan dinobatkan Raja Batang Limbang?

    Haji Halim: Putera tidak pernah dinobatkan sebagai Raja Batang Limbang dan saya rasa mereka sangat terdesak untuk memenangi Piala ini. Mereka berlatih hampir 3 bulan kerana matlamat mereka ialah untuk menang.

    Saudara Haji Halim berasal dari Limbang dan sekarang menetap di Kuching.




    P.com juga sempat menemuramah bekas Timbalan Pengurus Punang Gemilang yang sidah bersara, saudara Shaban Salleh. Kata beliau, inilah peluang terbaik untuk Punang Gemilang merampas kembali piala Raja Batang Limbang.

    Nazir: Macamana dengan kekuatan pasukan lain?

    Shaban: Kita amat menghormati pasukan lain tetapi Punang Gemilang telah dengan kosisten mempunyai teknik kayuhan yang terbaik.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Siapa bakal Raja Batang Limbang - Apa kata Bisdikita? Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top