Terkini
  • Terkini

    Isnin, 7 Februari 2011

    Tiga Personaliti berkarisma pada setiap pesta

    Tigat personaliti Awang Damit, Datuk Amar Awang Tengah dan Bob Lair

    Pada gambar di atas, ada tiga orang personaliti yang berimpak tinggi dan paling berpengaruh setiap kali Pesta Lawas atau Pesta Limbang mendatang. Mereka datang dari profesion yang berbeza,  mempunyai karekter yang berbeza tetapi mempunyai authoriti dan karisma bagi menjayakan dan memeriahkan setiap pesta di daerah jajahan Limbang.

    Pasukan Putera dan Punang Gemilang adalah pasukan yang sangat digeruni oleh lawan dalam semua acara regatta. Mereka telah mempamirkan pertandingan dan persembahan yang bertaraf lima bintang. Putera dengan warna Orennya dan Punang Gemilang dengan Merah-kuningnya saling bergilir menjuarai Raja Batang Lawas.

    Uniknya kedua-dua pemimpin mempunyai nama yang sama iaitu 'Damit'. Walaupun nama mereka bererti 'kecil' tetapi masing-masing mempunyai hati dan matlamat yang besar.



    Peminat No 1 Regatta, Datuk Amar boleh dikatakan orang yang banyak berjasa melahirkan kembali sukan ini bukan sahaja diperingkat daerah malah kedua-dua Pesta Lawas dan Pest Limbang telah dimasukkan ke dalam kalendar pelancungan negeri.

    Beliau banyak mencetuskan idea-idea dan inovasi Pesta dan pembangunan di daerah jajahan Limbang. Mulai tahun ini Pesta Limbang dan Pesta Lawas tidak lagi diadakan bersama setiap tahun tetapi saling begilir antara Lawas dan Limbang.

    Pastinya Datuk Amar akan gembira dan merasa puas jika Punang Gemilang dan Putera sama-sama bersaing merebut tahta Raja Sungai Limbang


    Saudara Bob yang juga mempunyai nama Awang Damit adalah generasi terbaru yang melahirkan kembali pasukan regatta Punang setelah lama menghilang dipersada Pesta

    Merasakan Punang perlu kembali memberi saingan, saudara Bob mengembalikan kegemilangan Punang dalam acara regatta dan pada tahun 2007 pasukan beliau mula menampakan impak dengan memenangi takhta Raja Batang Limbang dan Raja Batang Lawas.

    Kemenengan pertama di Limbang mengejutkan ramai orang termasuk rakan dari Brunei. Pasukan bimbingan beliau juga memberi harapan kepada pasukan Sri Lawas kerana layak ke final dalan acara Raja Sungai Sarawak pada tahun 2008 di Kuching.

    Saudara Awang Damit berasal dan dibesarkan di Kampung Dato Kuala Lawas. Beliau adalah seorang guru yang bertauliah tetapi menceburkan diri dalam perniagaan. Berkahwin dengan seorang guru yang berasal dari Limbang dan mereka mempunyai 4 orang anak.

    Jenama Awang Damit sangat sinionim dengan pasukan Regatta Putera, Kuala Lawas, malah beliau juga adalah ketua pasukan SRI LAWAS semasa Regatta Sarawak di Kuching. Beliau sangat berpengaruh dan punya karisma yang berbeza.

    Kali ini pasukan PUTERA akan mengorenkan sungai Limbang dengan menghantar 130 pekayuh serta pegawai, 6 buah perahu dan akan menyertai 30 acara.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Tiga Personaliti berkarisma pada setiap pesta Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top