Terkini
  • Terkini

    Jumaat, 26 November 2010

    Travelog Haramain: Doa dan dua buku roti

    Nov 26@ 4 pagi Jumaat. Ketika ini saya sedang berada di dalam Masjidil
    Haram diantara Sudut Yamani dan Sudut Hajar Aswad. Saya mengambil 5
    minit antara solat-solat sunat untuk berehat. Tiap pagi saya dan kawan
    sebilik akan mengorak langkah dari hotel menuju ke Masjid seawal jam
    tiga pagi.

    Kawasan sudut/rukun Yamani dan Hajar Aswad adalah diantara tempat yang
    mustajabnya doa terutama sekali dipagi Jumaat begini. Dan dari kawasan
    inilah juga Malaysia dan negara sekelilingnya menumpukan kiblat
    masing-masing.

    Tempat-tempat lain yang juga mustajab ialah Multazam, belakang Maqam
    Ibrahim, bukit Safa dan Marwah, kawasan Hijir Ismail, kawasan telaga
    zam-zam dan dalam Masjidil Haram.

    Pada hakikatnya semua tempat di Tanah Haram lebih lebih lagi di dalam
    Masjid, semua doa akan dimakbulkan oleh Allah.

    Ingin saya imbas kembali sedikit mengenai kisah saya bersama isteri
    dalam perjalanan balik dari solat suboh. Pada ketika itu, kami berdua
    teringin makan roti tempatan untuk sarapan pagi. Dalam kami
    terkial-kial memikirkan dimana harus mencari tempat membeli dengan
    tiba-tiba seorang hamba Allah muncul menghulurkan dua buku roti kepada
    kami. Tanpa soal saya terus terima dengan ucapan 'syukran' dan dia
    terus beredar.

    Saya bukan ingin berbicara tentang keajaiban tetapi di Tanah Suci anda
    tidak perlu menadah tangan di atas sejadah jika niat dan hajat itu
    suci, ianya akan termakbul, insyaAllah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Travelog Haramain: Doa dan dua buku roti Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top