Terkini
  • Terkini

    Rabu, 3 November 2010

    Manafaatkan Internet Mengikut Saluran Betul

    Punang Lawas (3 Nov 2010): Kemudahan perhubung maya seperti internet dan kemudahan teknologi maklumat lain harus diperguna bagi tujuan berhemah memandangkan ketika ini terdapat banyak blog mahupun kemudahan lain telah disalahgunakan untuk tujuan mengaib orang lain.

    Ketua Ranting PBB Kampung Punang, Awang Haris Naruddin berkata budaya baru ini turut menjalar ke daerah kecil hingga ke Lawas apabila banyak blog serta ruangan sesawang yang diterbit penduduk daerah ini yang bermastautin diperantauan.

    "Saya kecewa sikap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengendalikan blog untuk tujuan tidak baik, seperti melepas rasa tidak puas hati dengan pengunaan perkataan atau ayat tidak wajar" Katanya

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program 1Malaysia Bersama Pemimpin di Kampung Punang anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Lawas, Persatuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Kampung Punang, Wanita PBB Puanag dan Punang Jaya dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Limbang.

    "Kita bukan contoh yang tidak baik kepada generasi muda kerana ini akan menghancurkan perpaduan yang telah sekian lama dibina pemimpin terdahulu dan sekarang. Kita harus menunjuk sikap lebih profesional sejajar dengan latar belakang pendidikan yang ada dan bukannya bersikap seperti anak-anak kecil yang sentiasa mahu diberi perhatian" Katanya.

    Program ini turut melibatkan beberapa aktiviti seperti Bolasepak Wanita 7 sebelah, pertandingan membuat Sarong Parang, gubahan, penyampaian sumbangan kepada anank-anak kelainan ypaya dan ibu tunggal.

    Hadir sama ialah Pegawai Tadbir Daerah Kecil Sundar, Ladin Atok. Penaja Utama program, Awang Damit Ali Hassan dan ketua-ketua Ranting bagi wanita PBB selain ketua PPWS Kampung Punang.


    Dipetik daripada Utusan Sarawak Keluaran 3 November 2011/Ms 7
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    3 KOMEN:

    1. Awang Aris perlu beritahu mana blog yg dia maksudkn. Kalau tidak dia dia memang bohong. Setahu saya tiada blog yg dia katakn ini.

      BalasPadam
    2. Mana ia dpt bagi senarai blog tu. Ia memang hentam saja. Ia ani memang x suka IT. anti kemajuan. kalau harapkan ia alum maju kpg pakah. Awang Ais, mana tia nah blog yg dimaksudkan ah????? lol

      BalasPadam
    3. Awg Aris.... jgn melepaskan geram tanpa asas. Awang Aris baca akhbar tidak pernah.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Manafaatkan Internet Mengikut Saluran Betul Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top