Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 6 November 2010

    Travelog Haramain: Perubahan


    Apa dan salah siapa kami tidak tahu mengapa kami harus berada di Lapanganterbang Jeddah selama 6 jam. Tiba pada jam 5.30 pagi sepatutnya kami sempat bersolat Jumaat di Msajidil Haram tetapi hanya tiba di Tanah Suci Makkah pada 2.30 peatang. Kami singgah di luar tanah haram untuk menunaikan solat jumaat.

    Banyak perubahan yang dilakukan terhadap Masjidil Haram dan disekelilingnya sejak lima tahun kebelakangan ini. Tempat Saie diperbesar dan ditambah menjadi empat tingkat. Bukit Safa yang asli sudah dipagar dengan kaca dan tidak upaya disentuh lagi. Hanya batu-bata Bukit Marwah yang boleh dipijak tetapi lebih kepada astetik daripada ritualistik.

    Disekeliling Al Haram banyak bangunan baru yang sudah siap dan separuh siap malah masih ada yang masih diperingkat awal. Makkah akan berubah wajah dalam tiga tahun akang datang.

    Di dalam masjid sudah tidak disediakan permaidani untuk jemaah. Kalau tidak selesa dengan lantai marmar jemaah boleh membawa sendiri sejadah yang mudah didapati di luar Masjid.

    Menjelang wukuf yang hanya tinggal 9 hari, kebanjiran manusia sudah diduga. Penguatkuasa sedang bertungkus lumus memberikan keselesaan kepada jemaah yang datang dari pelusuk dunia. Dari perkarangan Kaabah ke perkarangan Masjid hingga ke perkarangan hotel-hotel berdekatan dipenuhi dengan jemaah bersolat. Jangan harapkan bertemu jika berhajat mencari kawan kalau tidak mempunyai perhubungan talipon.
    Dalam Masjid, sudah ada yang diusung keluar selepas solat zuhur. Tidak pernah tidak ada sembahyang mayat dalam satu-satu waktu walaupun kematian itu bukan disebabkan oleh kesesakan.

    Jika ingin bersolat di dalam Masjid jemaah hanya mempunyai dua pilihan. Datang 2 jam lebih awal sebelum waktu atau tidak keluar dari Masjid terutama sehingga Isya. Saya ambil pilihan pertama untuk suboh dan zuhur dan pilihan kedua bagi waktu Asar-Magrib-Isya.

    Kalau jemaah masih mengamalkan cara dan budaya di tanah air maka akan kecewalah ia.
    Betapa canggihnya dunia sekarang. Hampir tidak ada seorang jemaah yang tidak mempunyai talipon bimbit yang juga berfungsi sebagai kamera. Ada juga yang membawa videocam. Saya juga boleh membuat update melalui Twitter dari dalam masjid sementara menunggu waktu.
    (Ikutilah lapuran terkini melalui http://twitter.com/punanglawas)

    Dari Masjidil Haram
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Travelog Haramain: Perubahan Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top