Terkini
  • Terkini

    Rabu, 10 November 2010

    Travelog Haramain: Arafah dan Minna

    Semua jemaah haji akan mulai berangkat dari Tanah Suci ke Arafah pada
    14 November untuk menunaikan satu lagi rukun Haji iaitu Wukuf. Ini
    bererti Wukuf akan jatuh pada 15 November dan Aidil Adha jatuh pada 16
    November.

    Jemaah Haji yang mabit di Minna dan melakukan nafar thani akan kembali
    ke Makkah pada 19 November untuk menyempurnakan rukun haji seterusnya
    iaitu tawaf dan Saie. Bagi jemaah yang melakukan nafar awal boleh
    kembali sehari sebelum.

    Penerbangan balik yang pertama bagi Jemaah haji dari Sarawak
    dijadualkan pada 3 Disember dan yang kedua pada 10 Disember. Ini
    bererti jemaah dari Lawas akan kembali kepangkuan keluarga paling awal
    pada 5 Disember.

    Sebelum tiba waktu wukuf, tetamu Allah masa kini banyak membuat
    persediaan dari segi fisikal, mental, spiritual dan perkara-perkara
    yang berkaitan. Wukuf di Arafah dan melontar di Kota Khemah, Minna
    memerlukan tenaga dan kesihatan yang tip-top.

    Sehingga 10 November 2010 seramai 15 orang jemaah haji Malaysia telah
    meninggal dunia. Kebanyakannya lelaki dan 5 orang terdiri daripada
    wanita. Kebanyakan kematian disebabkan masalah jantung. Yang paling
    trajis ialah kematian seorang jemaah ketika sesat dan dalam perjalanan
    mencari tempat penginapan.

    Jemaah juga tidak lupa untuk melangsaikan dam haji tamattu' dan ada
    yang korban semasa aidil adha.. Kadar bayaran dam bagi haji tamattu'
    sebanyak SR350 atau RM299. Kadar Korban bagi satu bahagian pula
    sebanyak RM350

    Di sini urusan dam dan korban paling mudah dan diurusan dengan
    effisien. Pembayaran boleh dilakukan melalui pejabat pos, website
    Kerajaan, melalui Bank Al-Rajhi, Amudi Money Changer atau Lembaga
    Pemberi Hadiah Haji selain Tabong Haji.

    Jika Tabong Haji menyedia resit/baucer, pihak Arab Saudi menyediakan
    kupon dengan 4 warna. Hijau untuk dam haji tamattu' dan qiran. Warna
    merah khusus untuk fidyah, warna kuning untuk sedaqah dan warna coklat
    khusus untuk korban.

    Dari Masjidil Haram, 10 November @11.30 am

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Travelog Haramain: Arafah dan Minna Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top