Terkini
  • Terkini

    Selasa, 9 November 2010

    Travelog Haramain: Ekonomi

    Jika anda datang ke Tanah Suci jangan bingung kalau tidak ada membawa barang sedikit duit Riyal. Duit RM amat laku walaupuin di mana saja tetapi anda mesti tahu nilai tukaran. Pada masa ini jemaah Malaysia hanya perlui membayar disekitar RM85 untuk tukaran SR100 atau jika anda mempunyai RM100 anda akan mendapat sekitar SR107. Ini bermakna RM bertambah nilai berbanding SR sebanyak 4% sejak 10 tahun lalu.

    Di atas adalah ilustrasi kekuatan nilai RM berbanding riyal Saudi tetapi kuasa pembeli tidaklah sekuat mana kerana harga barangan yang melambung.

    Memang lumrah, harga barang akan melambung lima kali ganda disaat-saat kemuncak kehadiran jemaah. Contohnya harga sebungkus mee segera - Indomie - sudah mencacah SR3 dan minuman sejuk yang biasanya berharga SR1 sudah mencacah SR5. ''Khomsa Riyal.... ' Sering kedengaran dari setiap sudut.

    Kenaikan harga begini lumrah dimana-mana saja jika permintaan terlalu tinggi melebihi bekalan. Sama seperti di tempat kita, harga Tahai akan naik apabila kadar pemintaan terlalu tinggi.

    Saya perturunkan contoh macamana anda akan menjadi kaya jika anda penduduk Makkah. Anda menjual minuman salera penduduk Malaysia seperti ais kacang, cendol, nasi lemak dan mee kolok. Dari 27 ribu jemaah Malaysia, pastinya seramai 3 ribu jemaah akan membeli pada setiap hari. Ambil contoh anda dapat untung bersih sebanyak RM2 setiap cendol, anda akan mendapat keuntungan bersih sebanyak RM6 ribu sehari atau RM360 ribu semusim haji (2 bulan). Andaian jumlah pembeli dan untung bersih adalah paling minima dan konservatif. Macamana kalau sasaran pembeli anda tidak terbatas kepada jemaah Malaysia sahaja!

    Dengan keadaan panas terik dan suhu di Makkah sekarang tinggi sedikit dari di Malaysia, membuatkan kita cepat dahaga dan dihidret. Minuman sejuk pastinya menjadi habuan.

    Bukan seperti zaman 60an, air tidak pernah menjadi masalah di kota Makkah. Tiap penjuru masjid, diletakkan tong-tong air Zamzam yang sering ditambah oleh pekerja Benladen. Malah disediakan yang sejuk dan tidak sejuk sekali.

    Di hotel hotel kediaman tidak pernah kehabisan air, hatta air Zamzam sekali disediakan di setiap tingkat. Makan minum jemaah cukup dijaga oleh Tabong Haji. Soalnya lagi penerimaan selera setiap individu.

    Industri telekomunikasi juga pasti mengaut keuntungan yang lumayan. Tiap sms dalaman anda akan dicaj sebanyak 0.50 riyal dan internasional dengan kadar SR1.00. Di Malaysia kadar panggilan dan sms jauh lebih rendah.

    Apabila musim haji begini, rezeki penduduk Makkah akan melimpah.
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Travelog Haramain: Ekonomi Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top