Terkini
  • Terkini

    Isnin, 29 November 2010

    FELDA cemar imej negara


    Sekarang baru saya percaya yang FELDA akan bankrap, kata seorang jemaah berasal dari Bangi Selangor. Beliau antara orang yang kecewa dengan perkhidmatan yang diberikan oleh restoren D'Saji yang terletak di Bangunan Al Safwah, Makkah.

    Kehadiran D'Saji di kota Makkah bererti mereka secara langsung menjadi 'Duta' kepada negara Malaysia kerana rakyat di seluruh dunia tertumpu ke Kota ini semasa musim haji. Jika baik duta itu maka baiklah jenama Malaysia dan bertambah hormatlah negara-negara lain terhadap kita.

    Tetapi FELDA melalui D'Saji berperanan sebagai duta yang membawa imej buruk untuk Malaysia dan membawa keruntuhan nilai jenama kita. Rata-rata rakyat Malaysia yang melanggan hari ini mengatakan kekecewaan dan malu dengan perkhidmatan yang diberikan. Ramai yang datang hanya untuk memberi sokongan atas dasar semangat patriotisma bukan kerana produk dan perkhidmatan yang bertaraf global.

    "Kalau perkhidmatan tidak meningkat dan jemaah Malaysia rasa kecewa, saya pasti penerokaan FELDA ke Kota Suci ini akan menemui kegagalan' keluh seorang jemaah dari Kelantan.

    Jemaah Malaysia tidak memerlukan perkhidmatan yang bertaraf 5 bintang tetapi memadai jika perkhidmatan setaraf dengan kedai-kedai mamak di KL.

    Staf-staf FELDA tidak menunjukkan komitmen yang tinggi dan tiada 'sense of urgency' walaupun queue masih panjang. Malah mereka bergurau sesama sendiri, seolah-olah tidak berminat untuk membantu pelanggan yang sedang berbaris.

    Mereka tidak hiraukan 'isyarat badan' yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dan ini bukanlah pemerhatian saya yang pertama. Hari ini adalah trip yang ke lima walaupun harga barangan terlalu tinggi. Pada trip yang keempat saya dikejutkan dengan 'tidak ada duit kecil'. Sila baca artikel terdahulu.

    Mee goreng bersaiz kecil berharga RM12 dan Roti Canai Kosong berharga RM3. Nasi Lemak berharga RM18. Memetik keluhan seorang jemaah 'Harga bertaraf antarabangsa, tetapi layanan bertaraf FELDA diceruk belantara'. Komen yang cukup humor tetapi tepat sekali.
    FELDA tidak boleh memberi sebarang alasan. Jika tidak dapat meningkatkan perkhidmatan jangan menghadirkan diri dipersada antarabangsa. Lebih baik tiada restoran Malaysia jika hanya untuk memburukkan imej Malaysia. Lebih baik golong tikar awal sebelum jemaah
    kita memboikot restoran anda.

    Sepatutnya, FELDA mempamirkan cara perkhidmatan yang boleh dibanggakan bukan meresapkan budaya kerja pen'Saudi'an. Seluruh dunia sudah benci terhadap cara Arab Saudi berfikir dan bekerja. Cara orang Saudi bekerja sama seperti cara kita 40 tahun dahulu dan inikah yang ingin diterapkan oleh FELDA?

    Kerajaan Malaysia seharusnya memberi kata dua kepada FELDA samada untuk terus cemar imej atau memberi perkhidmatan yang terbaik.

    Nota: Gambar hiasan diambil semasa bukan waktu puncak.

    313 Reman Thawar Hotel
    Ajyad Street, Makkah
    Tel: +966549442090

    Dikemaskini pada 16 Ogos 2011.

    Sekali lagi FELDA cemar imej sendiri kerana "Felda Tewas Kes Saman Fitnah RM200 Juta". Lapur M.MAGESWARI dalam MStar Online.

    KUALA LUMPUR: Felda dan syarikat pelaburannya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd kalah dalam kes fitnah mereka ke atas bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong. Dr Tan berhadapan dengan kes saman fitnah RM200 juta.

    Hakim Datin Zabariah Mohd Yusuf pada Isnin berkata kedua-dua plaintif telah gagal untuk membuktikan Dr Tan menggunakan perkataan-perkataan bersifat fitnah dalam satu penerbitan di Suara Keadilan.

    Mahkamah juga mengarahkan Felda membayar kos RM100,000 kepada Dr Tan.

    Bagaimanapun Felda hanya perlu membayar RM70,000 kepada defendan kerana Dr Tan juga perlu menjelaskan RM30,000 dalam bentuk kos kepada plaintif berhubung poin-poin awalan yang dibangkitkan sebelum ini.

    Pada 12 Julai lalu, Peguam Dr Tan, Ranjit Singh memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa bekas timbalan menteri itu tidak akan memberi keterangan dalam saman yang difailkan oleh Felda.

    Ranjit memberitahu defendan tidak mempunyai kes untuk menjawab berhubung saman Felda dan syarikat pelaburannya Felda Global Ventures Holdings.

    Ranjit memberitahu mahkamah demikian selepas peguam utama Datuk Mahinder Singh Dulku yang bertindak bagi plaintifnya memaklumkan bahawa plaintif telah menutup kes itu selepas memanggil empat saksi.

    Pada 25 Januari lepas, Felda dan anak syarikatnya menyaman Dr Tan berhubung satu artikel muka depan akhbar Suara Keadilan bertajuk ‘Kontroversi’ yang didakwa memfitnah mereka.

    Artikel itu bersambung pada muka tiga dengan tajuk “Bina bangunan RM662 juta hanya libatkan tiga individu.”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: FELDA cemar imej negara Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top