Terkini
  • Terkini

    Ahad, 28 November 2010

    Travelog Haramain: Tidak Mahu Berubah

    Ramai pekerja Bangladesh terlibat secara langsung dlm penguru... on Twitpic
    Mengapa orang Malaysia tidak tahu atau tidak mahu berubah? Persoalan yang terngiang setelah menyaksikan beberapa peristiwa di Tanah Suci.
    Sebagai contoh, tiap waktu solat ada saja jemaah yang tidak sempat pergi bersolat di Masjidil Haram. Ada beberapa sebab antaranya tempat
    tinggal terlalu jauh, Masjid dan jalan penuh sesak, rasa penat terutama sekali warga emas, terlajak tidor, antara lainnya..

    Tiap hotel akan menyediakan surau untuk solat tetapi selalunya ruang tidak mencukupi menyebabkan solat berjemaah perlu dilakukan dalam dua 'syif' atau lebih.

    Apa yang ingin saya highlight di sini ialah tentang segelintir orang yang mengimamkan tidak berubah mengikut keadaan. Sebaik selesai solat, imam, tanpa prihatin terus memimpin jemaah berwirid dan berdoa sedangkan masih ramai lagi yang menunggu mahu bersolat untuk syif kedua.

    Sepatutnya, dalam keadaan begini hindarkan berwirid secara berjemaah
    dan beri laluan kepada jemaah seterusnya melakukan solat kerana masing-masing mengejar masa.

    Dalam kisah yang berasingan, ada jemaah Malaysia yang memakai kain
    bersolat di Masjidil Haram. Tidak salah dan tidak ganjil asalkan menutup aurat atau tidak terselak nanti. Tetapi dalam keadaan senantiasa sesak semasa masuk pintu, ada cerita kain tertanggal kerana tapih yang tidak ampuh. Saya syorkan pakailah seluar atau jubah agar selesa pergerakan kita.

    Ada segelintir jemaah Malaysia yang tidak mahu berpisah dan ingin bersolat sama saf dengan isteri atau suami. Hukum amat jelas tentang perempuan bersolat dengan bukan mahram adalah berdosa. Kalau hendak bersolat bersama tunggulah balik kampung nanti.

    D'Saji adalah restoran kepunyaan FELDA yang terletak di bangunan Al Safwah. Restoren ini amat popular bukan saja dikalangan jemaah Malaysia tetapi juga dikalangan warga lain. Ketika waktu kemuncak seperti sarapan pagi pelangan akan berbaris panjang.

    Kita turut berbangga kerana Restoran popular Malaysia seperti D'Saji berkembang secara global tetapi malangnya pekerjanya masih berfikiran
    lokal.

    Semasa saya membeli kuih yang berharga SR5 kebetulan saya hanya membawa deno SR100 dan seperti di Malaysia pekerja itu mengatakan 'Tidak ada duit kecik'. Di Malaysia perkara ini lumrah dikalangan pedagang kaum Melayu saja.

    Glokal bermaksud berfikiran secara global walaupun menjual produk lokal tetapi FELDA sebaliknya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Travelog Haramain: Tidak Mahu Berubah Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top