Terkini
  • Terkini

    Khamis, 30 Disember 2010

    PG dan Putera - Antara dua darjat

    Baik warga Limbang ataupun Lawas bersetuju – tanpa PG dan Putera pesta regatta akan turun taraf kemeriahan, hilang kehebatanya persaingan, tumpul sengat perlawanan, pudar warna kepestaan dan tidak ada persuratkhabaran.

    Kemunculan Putera dalam arena persaingan tiap-tiap pesta diketahui sebagai pasukan yang berstatus ‘pasukan besar’ dengan dana dan pekayuhnya yang juntrah.

    Tiap-tiap pesta pasukan Putera akan menyertai pertandingan yang banyak justeru perlu menghantar rombongan yang besar, menyediakan perahu yang banyak, membeli berberapa set jersi yang baru dan implikasinya memerlukan dana yang besar. Pekayuh mereka pernah dibayar elaun sebanyak RM5 seorang per hari semasa berlatih. Pada Pesta Limbang yang baru berlalu, Putera menghantar 130 barisan pekayuh, 6 buah gubang dan mengorenkan Kota Limbang.

    Itu cerita Putera yang taukenya adalah seorang ahli perniagaan yang punya baik hati lagi dihormati. Beliau banyak berbelanja untuk penduduk kampong. Pendek kata tauke muda ini baik dan pendulur.

    Cerita PG adalah sebalik kejuntrahan Putera. PG hanya menghantar sekitar 60 pekayuh, mengheret ke pesta dua buah perahu, membeli satu set baju dan berbelanja hanya sekitar 10 peratus daripada jumlah belanjawan Putera. Pastinya PG tidak akan sampai ketahap Putera dan Putera tidak akan turun serendah kemampuan kewangan PG.

    Kemiskinan pasukan PG bukan disengajakan. Ketua pasukan PG bukan ahli perniagaan. Kemampuan beliau tidak lebih daripada itu. Apabila kemampuan terbatas maka tidak timbul soal memijara atau menganaktirikan.

    Idea menubuhkan pasukan regatta PG tercetus setelah terlalu pilu menyaksikan warga Punang hadir sebagai penonton semasa Pesta Lawas pada tahun 2004. Selain prihati terhadap ketidak-terlibatan pemuda kampong, Pesta Lawas juga jauh darpada meriah tanpa pembabitan pasukan tradisi seperti Punang.

    Oleh itu tidak dapat kita sama-tarafkan kemampuan kewangan PG dengan Putera kerana kedua-dua pasukan ini ternyata jauh berbeza ibarat kemampuan Amerika dengan Somalia. Ibarat si Dahlan dan si Tamam atau ibarat si Kohin dengan si Bahrin.

    Apabila kemampuan terbatas, maka timbullah kerasionalan supaya permintaan tidak melebihi kemampuan. Sebagai contoh, seseorang anak tidak boleh mendesak ibu-bapa membeli kasut bola berharga RM200 jika tabungan mereka hanya berjumlah RM150.

    Ada yang bertanya, mengapa tidak serahkan saja kepada orang lain menerajui pasukan ini? Saya bertanya kembali: Siapa? Siapa yang sanggup mengeluarkan ribuan duit tanpa ganjaran atau pulangan? Dan siapa yang dapat penyaingi keampuhan dana ketua pasukan Putera?

    Tidak semua orang boleh mengepalai pasukan sukan seperti ini. Regatta bukan seperti permainan Tarik Kalat. Dan keampuhan kewangan bukanlah criteria utama untuk menang. PG telah membuktikan bahwa duit bukanlah criteria hakiki untuk meraih kemenangan. Persaingan regatta adalah ibarat turun ke medan perparangan. Apabila tiba berperang, duit sudah tidak bernilai. Yang perlu sebagai bekalan ialah berfikiran positif, ketabahan, ada inisiatif, mempunya matlamat, fokus dan bersemangat berpasukan.

    Saya tidak fikir ada orang yang boleh membina pasukan sebaik sekarang, yang boleh menanam tabiat dan semangat seperti diatas. Ketua sekarang, walaupun bukan seorang yang tangkas dalam propaganda tetapi mempunyai karisma dan umph dalam membawa kemenangan pasukan PG.

    PG telah membuktikan bahawa kemiskinan bukan penghalang kepada meraih kejayaan malah membantu kepada lebih lebih fokus, ketabahan dan semangat berpasukan.

    Oleh Hj Nazir
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    2 KOMEN:

    1. Kalau ada tarikh Pesta Lawas Dan Limbang akan datang sila simpan ke dlm P.com sebulan atau 2 bulan awal untuk info pembaca dan warga punang yg berada di perantauan yg memungkinkan mereka ingin bersama memeriahkan dan pasti berkunjung untuk memberi sokongan..termasuk saya (FP)

      BalasPadam
    2. asalpunang5/4/11 10:13 PG

      saya setuju dengan pandangan penulis itu. Putera dan Punang Gemilang umpama dua darjat tetapi kita tahu Punang bukanlah kekurangan ahli perniagaan yang bolah membantu menaiktarafkan Punang Gemilang walaupun tidak menyamai Putera tapi sekurang-kurangnya dapat melonjakan dana PG. tetapi persoalannya siapakah yang sanggup mengeluarkan dana ribuan ringgit tanpa ganjaran dan pulangan atau sekurangnya menaikkan nama sendiri. Kerana sekarang ramai yang menghulur dana hanya kerana nama. saya kira andainya ahli-ahli korparat di Punang itu bersatupadu dan bersatuhati untuk menaiktarfkan kedudukan PG pasti boleh. tapi itulah nanti akan timbul siapa ketua dalam PG yang sebenarnya, sebab penghulur-penghulur dana itu pasti mengharapkan namanya akan disebut dan disanjung. tetapi seandainya ahli2 korparat itu buat dan lakukan hanya kerana untuk menaikan nama kampung persoalan siapa ketua tidak timbul. sekiranya PG sudah naik darjat dan ahli2 PG mengetahui siapakah menghulur dana dengan tidak sengaja nama penghulur dana itu pasti disebut juga dan kepada ketua yang sedia ada cubalah buka ruang kepada penghulur dana yang baru agar diri sendiri tidak terbeban. andainya ini dapat dijelmakan saya percaya darjat PG pasti dapat dinaikkan dan tidak mustahil kedudukan PG akan lebih melonjak.

      Kepada pekayuh2 PG andainya ketua tidak mampu memberi kemewahan kepada pekayuh2nya seperti yang dikecapi oleh pekayuh2 Putera janganlah patah semangat buatlah atas nama kampung atau demi kampung Punang.

      satu perkara lagi ingin saya sebutkan di sini penduduk kampung Punang dan kampung Punang Jaya perlu ada kesatuan hati dan kesepakatan kerana dua kampung itu asalnya adalah satu kampung iaitu PUNANG. andainya buruk kg Punang atau buruk kg Punang Jaya maka PUNANG lah yang sebut atau sebaliknya. Renung-renung dan fikir-fikirkanlah.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: PG dan Putera - Antara dua darjat Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top