Terkini
  • Terkini

    Rabu, 22 Disember 2010

    Saudara Bob dan Abdul Rani dijangka terkandas di London

    Lapuran dari LONDON:

    Saudara Bob dan Abdul Rani dijangka tidak dapat kembali ke Tanah Air seperti yang dijadualkan kerana semua perjalanan darat dan udara terbantut disebabkan oleh salji tebal di seluruh Eropah.

    Heathrow, lapang terbang yang paling sibuk di dunia terjejas teruk sejak 4 hari lalu mengakibatkan kebanyakkan penerbangan keluar-masuk terjejas.

    Pihak berkuasa menyediakan khemah di terminal 3 untuk banjiran penumpang yang terkandas.

    Tetapi hari ini suhu sedikit meningkat dan skren besar menunjukan hanya 11 dari 50 penerbangan yang dibatalkan keberangkatannya. Sebanyak 900 penerbangan dijangka dapat berlepas walaupun tidak mengikut jadual asal. Pihak berkuasa sedang berusaha menyelesaikan masalah penumpang terutama sekali penumpang yang akan bercuti menjelang krismas ini

    Perjalanan darat dan udara seluruh Eropah dijangka kembali normal pada khamis esok tetapi 15% penerbangan dari Charles de Gaulle airport di Paris, Perancis hari ini dibatalkan disebabkan salji yang masih menebal.


    Frankfurt airport, Jerman semakin beransur pulih walaupun 70 dari 1,300 penerbangan dibatalkan pada hari ini dan 550 penerbangan terbatal pada selesa kalmarin.


    Eurostar, yang menyediakan perkhidmatan keretapi diantara England, France and Belgium akan beroperasi secara normal mulai hari ini.

    Walau bagaimanapun, Denmark masih mengalami suhu yang paling sejuk dalam 29 tahun dengan merekodkan dibawah paras beku -8.5 F (-22.5 C)
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    3 KOMEN:

    1. macamana usulnya diorang atu kajar-kajar kesejukkan kana ah?

      BalasPadam
    2. Salam,

      Semua aing baku. Aing ludah inda sampai ke tanah baku tia. Bisai tu. Baibun bah.

      BalasPadam
    3. Atu kalau bekamih bediri..aing kamih turun tarus baku..bisai jua di liat tu..hahahha

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Saudara Bob dan Abdul Rani dijangka terkandas di London Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top