Terkini
  • Terkini

    Isnin, 13 Disember 2010

    Travelog Haramain: Bahasa dan Peniaga

    Adakah anda perlu menghayati bahasa Arab sebelum datang ke Tanah Suci? Lebih baik, jika untuk memahami khutbah jumaat atau ceramah di dalam Masjid. Bahasa Arab adalah bahasa Al Quran. Tetapi mempelajari bahasa Arab bukanlah semudah BM. Saya pernah belajar tetapi menyerah kalah selepas dua bulan.

    Bagaimana dalam soal tawar menawar semasa membeli-belah? Jangan khuatir, semua peniaga pandai berbahasa Melayu malah banyak bahasa mereka boleh kuasai.

    'Murah-murah, lima Riyal!' sering kedengaran teriakan peniaga baik di tepi jalan ataupun dari dalam premis. Jika yang menghampiri mereka jemaah dari Pakistan peniaga akan berteriak dalam bahasa Pakistan: 'banji Riyal'.

    Mereka tahu ramai jemaah Malaysia tidak faham bahasa Arab. Orang yang belajar bahasa Arab sekalipun amat susah untuk menghayati 'bahasa pasar' mereka.

    Bermacam-macam jenis barangan yang dijual dari sekecil tasbih hingga beraneka jenis buah-buahan. Tetapi jangan hairan, banyak barangan bertanda 'Made in China'

    Kalau anda terdengar perkataan 'Coca!.. Coca!' jangan heran kerana yang dijual itu bukan minuman berkabonit tetapi tasbih yang diperbuat dari kayu Koka. Ada cerita mengatakan, Syaitan takut kepada kayu Koka dan Tongkat Nabi Musa diperbuat dari kayu yang sama. Bahtera Nabi Nuh juga diperbuat dari kayu Koka. Tetapi ingat kayu Koka juga wujud kerana Allah.

    Orang Malaysia memang kuat berbelanja. Purata seorang jemaah Malaysia berbelanja sebanyak RM4 ribu termasuk makan dan minum tambahan. Lagipun musim haji harga barang memang tinggi.

    Kebanyakan barangan yang dibeli jemaah Malaysia adalah untuk hadiah apabila balik ke tanah air. Barangan seperti permainan untuk cucu hingga sejadah dan air Zamzam untuk rakan dan ahli keluarga. Tasbih dan ketayap juga disapu laris.

    Dikalangan wanita, jubah adalah sasaran mereka. Beranika jenis jubah yang boleh tahan harganya juga menjadi serbuan wanita Malaysia dan Indonesia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Travelog Haramain: Bahasa dan Peniaga Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top