Terkini
  • Terkini

    Ahad, 5 Disember 2010

    Travelog Haramain: Fi ahdan a'illa


    Klinik Pusat Maktab 79 akan tutup pada 10 Disember dan kaunter kewangan Tabong Haji menamatkan operasi pada hari ini, 5 Disember. Ini bererti jemaah haji Malaysia yang terakhir akan meninggalkan Makkah Al Mukarramah pada 10 Disember.

    Sepuluh KT terakhir akan pergi ke Madinah Al-Munawarrah sebagai tempat terakhir sebelum kembali fi ahdan a'illa (ke pangkuan keluarga) melalui Lapangan Terbang Madinah.
    KT96 sebagai penerbangan terakhir, akan tiba di Malaysia pada 20 Disember. Manakala KT89, kumpulan kami, akan tiba di KLIA pada 1.30 pagi pada 17 Disember.

    Jemaah haji yang mengunakan penerbangan Saudi akan berada di Tanah Suci selama 41 hari manakala jemaah yang mengunakan MAS akan berada selama 44 hari.

    Pada masa ini, ramai sukarela Maktab kami sudah meninggalkan Makkah seperti Ustaz dan doktor dan hanya tinggal seorang dua saja lagi.

    Di Makkah jemaah ditempatkan antara 3 hingga 7 orang dalam satu bilik. Walaupun begitu bilik si-suami dan bilik si-isteri ditempatkan ditingkat yang sama untuk memudahkan perhubungan. Bagi pasangan yang ingin melepaskan kerinduan, bilik 'Baraqah' ada disediakan oleh pihak Tabong Haji.

    Bilik 313
    Reman Thawar Hotel
    Ajyad Street
    Makkah Al Mukarammah
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Travelog Haramain: Fi ahdan a'illa Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top