Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 11 Disember 2010

    Travelog Haramain: Kota Medinah Al-Munawwarah

    Setiap Muslim yang memiliki iman yang hakiki selalu merasa terpanggil
    oleh rasa rindu yang mendalam terhadap kota Madinah. Dan setiap muslim
    merasakan kecintaannya terhadap slaras dengan doa Rasullullah "Ya
    Allah, berikanlah kami kecintaan kepada Madinah seperti cinta kami
    terhadap Makkah atau bahkan melebihinya"

    Madinah adalah kota hijrahnya Rasulullah s.a.w. Kota kediaman dan
    pusat dakwah beliau. Agam yang beliau bawa mendapat pertolongan dan
    para penduduknya membela beliau dengan jiwa, harta, dan anak-anak
    mereka hingga Allah memberi kemenangan.

    Dengan bersemayamnya jasad suci Rasulullah kota ini bertambah mulia.
    Berdirinya masjid Nabawi menambah kesuciannya.

    Kota Madinah menyimpan seluruh isi kebaikan, dimana amal shaleh
    dilipatgandakan. Solat satu kali di masjid Nabawi sama nilai 1000 kali
    solat di tempat lain kecuali di Makkah.

    Di pintu-pintu masuk kota Madinah ada para malaikat penjaga, sehingga
    Dajjal dan penyakit taun tidak sanggup masuk. Di dalamnya ada sebuah
    taman syurga iaitu Raudah.

    Dan sesiapa yang meninggal di kota ini akan mendapat syafaat Rasulullah.

    Sesungguhnya Nabi Muhamad s.a.w. telah mengharamkan kota Medinah
    sebagaimana Nabi Ibrahim a.s mengharamkan kota Makkah.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Travelog Haramain: Kota Medinah Al-Munawwarah Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top