Terkini
  • Terkini

    Rabu, 10 November 2010

    Travelog Haramain: Kuih Cincin sebagai titbits

    Kuih Cincin adalah antara beberapa kuih tradisi kaum Melayu Brunei.
    Ianya berasal dari Brunei Lama dan kini sudah banyak didapati di
    bandar-bandar besar di Malaysia dan juga Indonesia.

    Seringkali apabila saya pergi melancungn saya akan membawa kuih ini
    sebagai titbits baik sewaktu dalam perjalanan ataupun tatkala santai.

    Selain daripada makanan kegemaran saya sejak kecil, kuih ini senang
    dibawa di dalam beg atau di kocek jubah kerana ianya jenis makanan
    kering.

    Dalam perjalanan ke tanah Suci musim ini, Saya membawa bekal cukup
    untuk setengah bulan sebagai titbits.

    Tiap kali beriktikaf di Masjidil Haram, saya akan membawa sebanyak 5
    keping dan dimakan bersama air zamzam sebagai alas perut.

    Mengenai Air Zamzam Rasulullah saw bersabda:al sebaik baik air di atas
    muka bumi ialah air zamzam, ianya mengenyangkan dan menyembuhkan
    penyakit.

    Dan doa ketika meminum air zamzam: "Ya Allah sesungguhnya aku bermohon
    kepadaMu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang luas dan penawar bagi
    segala penyakitku"

    Kita maklum memang tidak ada hadis mengenai kuih cincin tetapi adunan
    kedua dua jenis makanan ini cukup menyegarkan dan menyelerakan bagi
    saya.

    Rukun Yamani
    Masjidil Haram Makkah

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Travelog Haramain: Kuih Cincin sebagai titbits Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top