Terkini
  • Terkini

    Ahad, 12 Disember 2010

    Travelog Haramain: Masjid Quba'

    Pada hari ketiga di Medinah kami dibawa ziarah ke Masjid Quba, MasjidQiblatain, Jabal Uhud, Masjid Tujuh dan Kebun Korma.

    Masjid Quba adalah masjid pertama yang dibangunkan Rasulullah di Medinah pada ketika baginda pertama kali sampai di kota ini dalamarahan hijrah oleh Allah swt.

    Allah telah menyebut tentang masjid ini dalam surah At Taubah 108:"Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri dan Allah menyukai orang orang yang membersihkan diri"

    Masjid yang jaraknya 3 km dari Masjid Nabawi ini dibangunkan sendiri atas penglibatan aktif baginda.
    Masjid ini juga tempat pertama Rasulullah dan sahabatnya solat berjemaah dengan terang-terangan.
    Kiblat Masjid Quba pada awalnya menghadap ke Baitul Maqdis, Palestin hingga Allah memerintahkan Rasulallah solat menghadap Kaabah ketika wahyu turun semasa baginda solat Asar di Masjid Qiblatain.

    Ibnu Umar r.a. mengunjungi Masjid in setiap hari Sabtu kerana meneladani perbuatan Nabi. Dan Sabda Rasulullah " siapa yang keluar dari rumahnya kemudian mendatangi masjid ini (masjid Quba) lalu solat
    di dalamnya, maka pahalanya seperti ia melakukan umrah"

    Pada 1388H Raja Faisal Bin Abdul Aziz membangunkan Masjid Quba dengan model moden dan indah serta meluasakan kawasan.Pada 1405H Raja Fahd memperluaskan lagi Masjid ini sehingga 13,500 meter pesegiseperti sekarang. Masjid ini memiliki 56 kubah kecil dan 6 kubah besar serta 4 menara azan. Masjid ini dapat menampung 20,000 jemaah solat.

    Wadi Quba
    Madinah Al Munawwarah
    10 Disember
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Travelog Haramain: Masjid Quba' Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top