Terkini
  • Terkini

    Selasa, 14 Disember 2010

    Travelog Haramain: Menjelang keberangkatan pulang

    [Medinah] - Warganegara Cina, Turki, Afrika dan dari kawasan Jazirahsudah tidak kelihatah lagi. Mereka sudah semua balik kepangkuan keluarga.Yang masih nampak hanyalah kelibat warganegarta Indonesia,  Malaysia, India, Pakistan, Afghanistan dan Bangla.

    Setakat ini dilapurkan 68 orang jemaah Malaysia meninggal dunia. Lima orang meninggal di Medinah dan selebihnya di Makkah. Disaat-saat akhir ingin meninggalkan kota suci ini, ramai yang turun ke Masjid seawal jam 4 pagi untuk mencari kepuasan beribadah kerana hendak datang ke sini bukanlah mudah.

    Datangnya seseorang ke Tanah Suci bukan kerana kekayaaan atau kesihatan tetapi mendapat jemputan Allah swt. Masih ramai yang kaya dan sihat tubuh badan tetapi belum pernah menjejakkan kaki ke dua-dua tanah suci ini.

    Suhu sekarang amat sejuk kerana aliran angin ke Kota Medinah datangnya dari utara dimana Syria dan kawasan sekelilingnya mengalami cuaca bersalji. Tahun ini jumlah jemaah haji Indonesia seramai 216 ribu orang manakala Malaysia seramai 27 ribu orang. Jemaah haji Pilipina seramai 4000 orang, jauh lebih ramai dari jemaah dari Brunei yang hanya seramai 1,200 orang jemaah.

    Nota: Semua artikel dalam Travelog Haramain tidak diedit kerana
    karangan dan kiriman melalui handphone.

    14 Disember 2010
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Travelog Haramain: Menjelang keberangkatan pulang Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top