Terkini
  • Terkini

    Khamis, 2 Disember 2010

    Travelog Haramain: Routin Harian di Tanah Suci

    Tiap tiap hari kami akan berjalan sejauh 7 - 8 kilometer tidaktermasuk jarak perjalanan tawaf sunat dan Saie.
    Jika seseorng jemaah melakukan umrah sunat pada hari itu bererti jarak perjalanannya ialah paling sedikit 15 km.

    Bermula jam 3.30 pagi kami mulai mengorak langkah menuju ke Masjidil Haram untuk tidak melepaskan peluang bersolat seperti bertahjud, bertasbih dan berzikir sehingga azan subuh pada jam 5.20 pagi. Peluang
    berada di Tanah Suci jarang mendatang dan mungkin hanya sekali seumur hidup. Oleh itu jarang sekali orang yang sihat tubuh badan akan melepaskan peluang ini. Lagipun semua doa di sini dimakbulkan Allah.
    Diantara 6.00 hingga 12 tengahari kami akan samada berehat tidur, mencuci pakaian, membeli-belah dsb. Ada yang menunaikan sunat umrah ke Tan'aim atau ada yang melakukan tawaf sunat. Dalam masa 6 jam banyak perkara yang boleh dilakukan. Inilah juga masa untuk menghubungi keluarga di tanah air.

    Selepas zohor iaitu jam 12.05 petang, jemaah akan beredar dari Masjid untuk menjamu selera atau menunaikan sunat umrah.Antara Asar-Magrib-Isya adalah paling sibuk sekali kerana masa terlalu  suntok untuk berulang-alik ketempat kediaman. Bagi yang kurang rajin berulang alik maka dia akan terus beriktikaf di Masjid dari Asar hingga ke Isya.

    Walaupun Tabong Haji Global Services menyediakan makan malam selepas Isya, sekali sekala kami memilih untuk makan diluar kerana terlalu jemu dengan jenis masakan yang sama sejak kami tiba. Menu yang sama
    diselang-seli antara Ikan, daging, ayam dan sotong bersama buah dan sayur.

    Hari ini isteri memasak sup lobak putih dan goreng Telor Dadar untuk makan tengahari. Walaupun simple tetapi cukup menyelerakan dibanding makanan yang diberikan Tabong Haji.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Travelog Haramain: Routin Harian di Tanah Suci Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top