Terkini
  • Terkini

    Jumaat, 3 Disember 2010

    Travelog Haramain: 'You speak English?'

    'You from Malaysia, you speak English?' inilah kalimat yang paling
    menghantui jemaah haji Malaysia ketika musim haji tahun ini.

    Mengikut maklumat yang dikumpulkan, kalimat ini hanya dikatakan oleh
    sebahagian jemaah haji dari Pakistan dengan tujuan untuk meminta wang.

    Kita kurang pasti samada sasaran mereka hanyalah orang Malaysia atau
    tidak tetapi cerita ini popular dikalangan jemaah haji negara kita
    sahaja.

    Kita tidak heran kalau jemaah haji kita jadi sasaran sindiket ini
    kerana mereka lebih selesa berbahasa Inggeris dengan orang Malaysia
    lagipun orang kita sugguh pemurah.

    Kalimat ini sebenarnya bukan untuk meminta sedekah tetapi berbentuk
    'peras ugut'. Saya sendiri telah terperangkap semasa dalam perjalanan
    dari Masjidil Haram dan apabila mereka ajukan kalimat yang sama secara
    otomatik saya respon dengan pertanyaan balik 'Yes, how may I help
    you?'. Mendengar perkataan semanis dan seprofesional itu, apa lagi
    diapun cerita tentang kesusahan dia.

    Yang peliknya apabila saya hulurkan satu riyal dia akan minta lebih.
    Sayapun terus beredar.

    Kawan-kawan juga ada bercerita mengenai modus operandi yang sama dan
    sebagai jalan keluar mereka hulurkan SR10 dengan penuh kesalan.

    Baru-baru ini Arab News ada melapurkan polis telah memberkas seorang
    warga Pakistan dengan wang sebanyak SR500 ribu dan 20 buah talipon
    bimbit yang dipercayai dicuri dari jemaah haji Pakistan.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Travelog Haramain: 'You speak English?' Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top