Terkini
  • Terkini

    Rabu, 8 Disember 2010

    Travelog Haramain: Ziarah Rasullulah

    [7 Disember] Berbeza dengan 9 tahun lalu, perjalanan kami ke kota suci Madinah Al Munawwarah hanya mengambil masa 6 jam termasuk 3 kali berhenti untuk solat Magrib, Rehat dan Riadah dan pemeriksaan Immigresen. Pemanduan lebih konsisten sekitar 80 km per jam oleh pemandu warga Indonesia dan bas yang selesa membuatkan perjalanan kami selesa dan rasa cukup selamat.

    Saya sempat tidur dalam perjalanan sekitar selama 2 jam dan sudah lumayan untuk meraih kembali tenaga yang digunakan semasa tawaf wida petang tadi.

    Sebelum bermulanya perjalanan, kami diarahkan melakukan Tawaf Wida pada 1.30 petang tetapi bas yang dijadualkan berangkat jam 3.30 petang hanya mulai berangkat jam 5.00 petang.

    Kesemuanya 8 buah bas dengan masing-masing berkapasiti muatan sebanyak 44 orang penumpang. Bas ke 8 terpaksa berangkat satu jam lambat kerana menunggu seorang jemaah yang sesat jalan ketika hendak ke hotel selepas menunaikan Tawaf Wada.

    Suhu Medinah agak sejuk dan selesa iaitu 13 darjah selsius tetapi amat kering. Jemaah dinasihatkan meminum banyak air untuk mengimbangi dehidrasi.

    Kami ditempatkan di Hotel Sharq Al Manazeli yang mana jaraknya hanya 100 meter dari Masjid Nabawi. Kawasan ini berada di dalam Zon 1. Perkataan zon sama dengan perkataan Maktab yang digunakan di Makkah.

    Banyak perubahan pada Masjid Nabawi terutama sekali dengan adanya payung gergasi di sekitar Masjid. Tujuan utama ialah untuk melindungi jemaah daripada kepanasan dimusim panas atau dari terlalu sejuk semasa musim sejuk.

    Melakukan ibadah di Masjid Nabawi jauh berbeza dibandingkan dengan di Masjidil Haram. Di sini, Jemaah merasa tenteram dan damai. Tempat solat jemaah perempuan diasingkan dari jemaah lelaki yang mana perkara ini belum dapat diselesaikan lagi oleh pihak Masjidil Haram.

    Madinah adalah bumi barakah, bumi tadahan wahyu dan bumi dimana bersemadinya jasad kekasih Allah iaitu Nabi Muhamad s.a.w.

    901 Sharq Manazeli
    Medinah
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Travelog Haramain: Ziarah Rasullulah Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top