Terkini
  • Terkini

    Selasa, 25 Januari 2011

    Iklan Jawatan Kosong : TEMUDUGA TERBUKA

    1. Jawatan Kosong: Calon Jenazah

    2. Kategori Kekosongan :
    • Ahli Syurga dari Awal
    • Ahli Neraka dari Awal
    • Ahli Neraka Semantara sebelum dilantik ahli Syurga

    3. Ganjaran:
    • Nikmat Kubur
    • Perlindungan di Padang Masyar
    • Keselamatam meniti Titian Sirat
    • Syurga yang kekal abadi

    4. Kelayakan sokongan:
    • Tidak perlu membawa sijil dalam apa bentuk sekalipun
    • Tidak perlu membawa pingat, kereta mewah atau Kad Kredit
    • Tidak perlu membawa wang ringgit, harta serta emas
    • Tidak memerlukan kecantikan paras rupa dan berbadan tegap mahupun seksi

    5. Kelayakan Wajib:
    • Iman dan amalan
    • Anak yang soleh
    • Sedekah jariah

    6. Panel temuduga:
    • Malaikan Mungkar
    • Malaikat Nakir

    7. Lokasi Temuduga:
    • Di dalam Kubur

    8. Enam Soalan khas (Soalan Bocor) akan ditanya
    • Siapa TUHAN kamu
    • Apa UGAMA kamu
    • Siapa NABI kamu
    • Apa KITAB kamu
    • Dimana KIBLAT kamu
    • Siapa SAUDARA kamu

    9. Cara-cara permohonan: Anda akan menerima jemputan daripada petugas yang berkelibar pada bila-bila masa sahaja, mungkin sekejap lagi. Petugas akan berlembut kepada orang-orang yang tertentu dan akan bersikap bengis kepada sebahagian orang. Anda boleh panggil dia dengan nama IZRAIL.

    10. Tip-tip untuk Berjaya dalam temuduga ini ialah dengan merujuk kepada Hadith Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad hanbal yang bermaksud:

    Sabda Rasulullah s.a.w:” Sesungguhnya apabila seseorang itu diletakkan di dalam kubur, sesungguhnya jenazah itu akan mendengar bunyi terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang Muslim, maka SOLAT yang dilakukannya ketika beliau masih hidup didunia akan diletakkan dikepalanya, PUASAnya diletakkan di sebelah kanannya, ZAKATnya diletakkan disebelah kirinya dan AMALAN KEBAJIKAN daripada SEDEKAH JARIAH, SILATURAHIM, perkara KEBAJIKAN lain dan IHSAN diletakkan di hujung dua kakinya.

    Ia akan didatangi MALAIKAT dari aras kepala, maka SOLAT itu berkata kepada Malaikat: “ Dari arasku tidak ada jalan masuk”. Kemudian Malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka PUASA berkata kepadanya: “Dari arasku tiada jalan masuk”. Kemudian Malaikat berpindah kesebelah kiri, maka ZAKAT berkata kepadanya: “Dari arasku tidak ada jalan masuk”. Kemudian didatangi dari arah kedua-dua hujung kakinya dan berkatlah AMAL KABAJIKAN: “dari bahagianku tidak ada jalan masuk”

    Maka MALAIKAT berkata kepadanya””Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah terbenam, lalu Malaikat bertanya kepada mayat itu : “Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (MUHAMMAD) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?. Maka berkata mayat itu: “Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka Malaikat berkata: “Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat), tetapi jawab dahulu apa yang kami Tanya ini: ““Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (MUHAMMAD) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: “ Laki-laki itu ialah MUHAMMAD s.a.w. dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu wata’ala”

    Maka malaikat berkata kepada mayat itu: “ Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di AKHIRAT, Insya’ Allah. Kemudain dibuka baginya satu pintu Syurga, maka dikatakan padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya” Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluar 70 hasta dan disinari cahaya baginya.

    Nota: Sila war-warkan kekosongan ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Iklan Jawatan Kosong : TEMUDUGA TERBUKA Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top