Terkini
  • Terkini

    Isnin, 3 Januari 2011

    Penduduk Lawas mati dibunuh tanpa kepala


    Pembinaan infra jambatan seperti yang diwar-warkan bukanlah berita baik untuk penduduk Lawas. Berita begini lebih kepada mencemaskan atau menakutkan - bukan mengembirakan. Dengan adanya projek begini, akan ramai penduduk Lawas terkorban tanpa kepala.

    Projek begini memerlukan pengorbanan kepala manusia untuk mengukuhkan fondasinya dan kepala-kepala itu akan ditanam bersama tiang-taing jambatan. Tanpa kepala yang darahnya ‘masih panas’ sesebuah jambatan itu dikatakan tidak kukuh.

    Semasa pembinaan jambatan yang merintasi Sungai Temburong, Brunei pada tahun 70an, dikatakan ramai ‘Pengait’ berkeliaran di daerah Lawas, kononnya penduduk Lawas menjadi sasaran setelah aktiviti Pengait diketahui umum di Brunei dan di Limbang.

    Inilah cerita Pengait yang sehingga akhir tahun 1970an masih dipercayai oleh sebahagian penduduk kitani. Entah dari mana cerita ini menjalar dan mengapa orang kitani mempercayai cerita ini, saya kurang pasti. Tetapi yang pastinya apabila timbul musim pengait- kanak-kanak akan tidur awal dan jika ada majlis perkahwinan, kemeriahannya akan berkurangan.

    Pengait adalah orang-orang yang ‘sain mati’ dengan pihak berkuasa untuk mencari kepala manusia dengan bayaran yang dikatakan lumayan. Pihak berkuasa tidak akan bertanggung-jawab jika pengait tadi dibunuh oleh orang kampung.

    Maka sesiapa yang tidak dikenali berziarah ke kampung-kampung – dia akan dianggap Pengait dan kanak-kanak akan bertempiaran naik ke rumah. Mujur orang yang dituduh Pengait tidak ada seorangpun yang dibunuh oleh penduduk kampong.

    Saya dan kawan-kawan bertempiaran lari hanya kerana kehadiran si Panjang yang dikhabarkan diantara seorang pengait yang hebat. Pada tahun 1974, pernah heboh penduduk sepanjang Jalan Punang, mengenai anak perempuan seorang penduduk Kampung Gelapas dikhabarkan dibunuh Pengait semasa balik bercuti dari sekolah asrama, tetapi anak yang disensasikan itu masih hidup sampai sekarang, malah menjadi GB disebuah sekolah di daerah ini.

    Pada tahun 1973, penduduk Sundar heboh dengan berita yang mengatakan seorang anak lelaki dari Kampung Punang tidak hadir mendaftar di SMK Lawas kerana diculik oleh pengait. Rupa-rupanya budak tersebut melanjutkan pelajaran di Kuala Lipis atas derma Yayasan Sarawak. Inilah senarionya semasa musim pengait.

    Perkataan ‘pengait’ adalah nama sebilah parang yang bengkok seperti kerambit dan ketajamannya boleh mengakibatkan leher mangsa senang terputus dengan hanya sekali ‘strike’. Alat bengkok yang disambung pada galah untuk menuai buah rambutan juga dipanggil pengait. Tetapi dalam hal ini, pengait yang sepatutnya dirujuk kepada alat tajam, merujuk kepada seseorang yang melakukan aktiviti ‘pengaitan’

    Syukur alhamdullillah masakini musim pengait sudah tidak ada lagi. Agaknya orang yang selalu membuat cerita ini sudah meninggal dunia. Marilah kita memohon kepada Allah agar melindungi kita daripada syirik dan kesyirikan. Amin.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    2 KOMEN:

    1. Kan membuat jambatan karang ani, inda perlu kepala lagi tapi perlu 'kepala yang ada dastar' atu. Kalau cukup 'kepala bedastar' atu, tagap tiya jambatan tu, bisai tiya pesennya tu. Masa ani indada pengait lagi, tapi dalam alam siber tiya karang ani pengait atu. Pengait yang daulu-daulu atu sudah banyak 'mulah'. pengait karang ani lagi tiya jahat. pandai tiya membuat fitnah jua. Jangan kan kanak2 damit takut, setan, jin, antu pun takut sama pengait ani. kalau jin , setan, antu atu menakutkan orang nganya, tapi pengait ani lagi jahat. Fitnah nya atu, kaabah bulih runtuh kali!? Karang ani inda ya beguna kepala bedarah-darah atu, tapi iya guna 'darah' nganya. Kepala atu inda luan minat ya lagi sebab karas, tambah2 lagi kalau kepala atu jenis yang 'keras kepala'. Ialah inda ye memunggal kepala masa ani. ANTAH JUA AH KALI JUA!!?

      BalasPadam
    2. Tanpa Nama22/8/14 9:24 PG

      atutah orang kitani buduh! orang tanya org jepun macamana dapat membina jambatan panjang sangat dan teguh?orang jepun tunjuk kepalanya,tapi orang kita ni salah faham ingatkan orang jepun potong kepala dan tanam di tiang jambatan atu. Orang kitani kan masih syirik!!!!masih zaman zahiliah pemikiran atu

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Penduduk Lawas mati dibunuh tanpa kepala Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top