Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 15 Januari 2011

    Regatta perlukan Hadiah Penampilan

    PESTA LAWAS kembali lagi - kurang daripada 4 bulan setelah tamatnya sessi Pesta Limbang. Ianya berita baik untuk rakyat tetapi belum tentu menjadi berita mengembirakan bagi ketua–ketua pasukan regatta terutama sekali Pasukan Putera, Punang Gemilang dan Sundar.

    Menampilkan sesebuah pasukan untuk bersaing semasa sesuatu pesta bukannya mudah dan murah. Keringat dan kos bermula sebaik mereka memulakan latihan di tempat masing-masing. Kos termasuk minyak ‘motobot, ‘minyak’ pekayuh dan kos sara ubat.

    Semasa Pesta Limbang pada Oktober tahun lepas, Pasukan Putera membelanjakan RM5,000 semasa latihan dan lebih RM30,000 semasa pesta. Jika diambil purata, berdasarkan taraf belanjawan pasukan Putera, seseorang pekayuh memerlukan kos sekitar RM250 – RM290. Pasukan tidak kaya seperti Punang Gemilang memerlukan separuh dari belanjawan di atas.

    Dalam masa jarak 3 bulan bukan senang untuk Tauke-Tauke pasukan mengumpul dana sebanyak itu lebih-lebih lagi pasukan-pasukan yang tidak ada penaja yang berwibawa. Betul pasukan Putera memenangi hadiah sekitar RM20,000 tetapi sudah menjadi budaya wang tunai yang dimenangi dibahagikan kepada pekayuh dan sekelumit disalurkan kepada ‘Tabong Perahu’. Pendek kata, pihak penaja tidak akan dapat kembali pulangan dari penajaan tadi.

    Disebabkan kos yang semakin naik dan hadiah yang tidak memihak kepada penaja, pihak penganjur wajib memikirkan konsep baru terutama sekali dalam soal menyelamatkan penaja atau pengeluar dana daripada sebak dada. Konsep baru yang kita maksudkan ialah “Hadiah Penampilan’

    Hadiah Penampilan ini diberikan mengikut dua kategori pasukan iaitu Pasukan Elit dan Bukan Elit. Pada ketika ini Pasukan Elit termasuk Putera dan Punang Gemilang manakala selebihnya pasukan Bukan Elit.

    Definisi Pasukan Elit ialah pasukan yang menaiktarafkan pertandingan Regatta dengan memenangi Piala Raja Batang dan johan keseluruhan. Tidak dapat dinafikan kedua-dua pasukan Putera dan PG adalah pasukan thriller yang mampu menarik penyokong dan penonton. Tanpa kehadiran salah satu pasukan ini, persaingan dianggap lesu.

    Pada Pesta Lawas yang lalu setiap pasukan pernah diberi ‘saguhati’ yang mirip kepada konsep ini tetapi tidak mengikut katagori. ‘Saguhati’ ini dihadiahkan oleh orang perseorangan, bukan dari penganjur.

    Cuba fikirkan apa yang pernah ditulis dalam facebook mengenai regatta menjelang Pesta Lawas tahun ini: “Kalau Kuala inda ikut, Punang akan boikut”. Prasa in besar dan banyak maknanya. Ianya menterjamahkan kemelut kewangan pasukan, ciri-ciri persaingan pasukan Elit dan setiakawan yang wujud diantara Putera dan PG. Kalau kedua-dua pasukan ini tidak tampil pada Pesta Lawas akan datang, saya pasti pesta ini akan turun taraf kepada 2 dari 5 bintang.

    Berita Pesta Lawas 2011

    Raja Batang Limbang 2010
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    2 KOMEN:

    1. Salam. Diharap penganjur janganlah buta tentang cadangan begini. Ini satu realiti masa kini melainkan Penganjur mundur, mereka sepatutnya setuju.

      BalasPadam
    2. Salam di harap semua ahli pasukan pg akan turun masa perarakan maulidurasul nanti, jgn sj sanggup bkayuh utk kpg tp jgn kita lupa kpd junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Regatta perlukan Hadiah Penampilan Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top