Terkini
  • Terkini

    Selasa, 15 Februari 2011

    Era Keruntuhan atau titik permulaan bagi pekayuh Lawas

    REGATTA LAWAS 2011 baru saja berakhir.Kemeriahan serta bahangnya masih lagi terasa serta banyak meninggalkan nostalgia yang pelbagai,masih berbekas dilubuk jiwa dan dikotak minda kita semua.

    Bagi para pekayuh Lawas serta Pihak Pengurusan setiap Kontenjen Lawas sudah tentu kepedihan akibat calar yang ditinggalkan oleh Pasukan Citra Alti dari Seratok tentunya masih menjadi igauan buruk dan mimpi ngeri.Pasukan Citra Alti telah mengungguli setiap acara yang dipertandingkan pada Regatta kali ini.

    Keunggulan serta kehebatan Pasukan Citra Alti kali ini tidak dapat dinafikan,tambahan pula Pasukan ini menunjukkan disiplin yang tinggi,terbukti selama tiga hari pertandingan tersebut mereka tidak terlibat dengan sebarang masalah atau dengan mana-mana perahu dikala bertarung.diatas air.Perkara ini sepatutnya menjadi contoh teladan bagi para pekayuh Lawas.

    Pihak Pengurusan atau AJK Kontenjen serta Para Pekayuh Lawas keseluruhannya seolah-olah baru tersedar dari sebuah mimpi indah selama ini.Dua buah Pasukan Elit Lawas iaitu Punang Gemilang dan Putera Kuala Lawas yang selama ini sering bergilir-gilir memegang Title ‘Raja Batang / Raja Air’ disekitar Lawas dan Limbang seolah-olah termangu dan kelesuan.’Buku bertemu Ruas’ adalah pepatah yang sangat sesuai dilontarkan untuk kedua buah Pasukan Elit Lawas ini.Bila dilihat sepanjang tiga hari pertandingan tersebut adalah sangat jelas Para pekayuh Lawas adalah bukan tandingan yang setara bagi Pasukan Citra Alti,mereka menang mudah pada setiap acara yang dipertandingkan.

    Keadaan ini seolah-olah merupakan indikasi bagi sebuah keruntuhan untuk Pasukan-Pasukan yang unggul selama ini disekitar Lawas dan Limbang.Namun begitu keadaan ini akan menjadi sebaliknya jika orang Lawas khususnya Pihak AJK Pasukan pekayuh serta Para Pekayuhnya mahu berubah dari pelbagai aspek.Jangka masa latihan,teknk berkayuh,disiplin,minda,system pengurusan dan bentuk perahu adalah ramuan azimat yang mampu untuk menyaingi pasukan dari luar pada Regatta yang akan datang,Insya Allah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: Era Keruntuhan atau titik permulaan bagi pekayuh Lawas Rating: 5 Reviewed By: Achun R
    Scroll to Top