Terkini
  • Terkini

    Selasa, 22 Februari 2011

    Lapangan terbang baru Lawas

    LAWAS: Masalah banjir yang kerap melanda Lapangan Terbang Lawas, satu-satunya sistem perhubungan utama kepada lebih 40,000 penduduk di sini, akan ber-akhir dengan pembinaan sebuah lapangan terbang baru dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

    Timbalan Menteri Peng-angkutan Malaysia, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata kerja-kerja membina serta menaik taraf lapangan terbang sedia ada akan dilaksanakan segera selepas kajian separuh penggal RMK-10 dijalankan.

    Beliau berkata, selain lapangan terbang, kerajaan juga akan menggantikan empat buah pesawat Twin Otter yang kini berusia 28 tahun dengan beberapa buah pesawat baru lebih moden dan selesa.

    “Pembinaan sebuah lapangan terbang baru merupakan satu keperluan, bukan untuk kemegahan,” ujarnya.

    “Kemudahan ini begitu penting dalam memastikan perhubungan ke kawasan sekitar Lawas seperti tanah tinggi Ba’ Kelalan, Bario dan kawasan jiran di daerah negeri Sabah dapat diper-tingkatkan.”

    Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan kerja ke Lapangan Terbang Lawas semalam.

    Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’ Kelalan, Nelson Balang Rining, wakil Malaysia Airport Berhad (MAHB) Datuk Abdul Nasir Abdul Razak, Pegawai Daerah Lawas Mohd Supaih Hamdan, Setiausaha Sulit Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Awangku Omar Pengiran Jawa, ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyara-kat.

    Abdul Rahim berkata, kerajaan memahami masalah banjir yang sering menenggelamkan kawasan lapangan terbang serta kekurangan pesawat sehingga menyukarkan penduduk.

    Beliau berkata, pembinaan lapangan terbang baru kelak akan dapat mengembang dan meningkatkan aktiviti ekonomi di daerah Lawas dan beberapa daerah jiran di selatan Sabah.

    “Peningkatan jumlah penumpang menunjukkan Lawas mempunyai potensi yang cerah dalam sektor pelancongan namun dibebani oleh masalah perhubungan yang terhad,” katanya tanpa menyatakan kos keseluru-han bagi pembinaan lapangan terbang tersebut.

    “Kita telah menerima banyak rungutan rakyat mengenai ketidakcekapan sistem perhubungan udara,” katanya.

    “Oleh itu kita datang me-lihat sendiri sekali gus mencari jalan untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi rakyat di kawasan paling utara negeri Sarawak.”

    Lapangan Terbang Lawas yang dibina pada tahun 1961 mempunyai landasan sepanjang 686 meter dan 18 meter lebar, dan hanya boleh digunakan secara selamat untuk sebuah pesawat pada satu-satu masa.

    Landasan sedia ada tidak dapat dipanjangkan lagi kera-na kedudukannya berhampiran dengan Sungai Lawas.

    Manakala permukaan landasan yang rendah turut menyumbang kepada risiko banjir terutama apabila berlaku air pasang besar dan musim hujan.

    Lapangan terbang itu mengendalikan 30 penerbangan dari Lawas ke Miri seminggu, enam penerbangan seminggu daripada Lawas ke Ba’ Kelalan dan dua penerbangan terus dari Lawas ke Kota Kinabalu setiap minggu.

    Posted on February 22, 2011, Tuesday
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 KOMEN:

    1. pada sy tk perlulah membina dan menaik taraf lapangan terbang yg sedia ada, ini hanya satu pembaciran.lebih baik memindahkan lapangan terbang ke tempat yg lebih sesuai,dulu sy pernah dengar lapangan terbang baru akan dibina di jalan punang,rasanya sudah hampir 10 tahun orang2 Lawas menunggu belum juga terbinanya lapangan terbang baru itu,sekiranya lapangan terbang yang lebih besar dan moden ada di Lawas penerbangan dari Kuala Lumpur pun boleh diadakan, mudahlah bagi kami yang berada diperantauan ini balik kampung, sekarang ini kami perlu ke Miri dahulu atau melalui kota kinabalu ini akan memerlukan masa yang panjang dan kewangan yang lebih,andainya ada kecemasan di kampung boleh balik dengan cepat.harap kerajaan prihatin dalam perkara ini

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Lapangan terbang baru Lawas Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top