Terkini
  • Terkini

    Selasa, 8 Februari 2011

    Lapuran Tabloid meragukan

    Sebuah Tabloid Mingguan edisi 6 Februari 2011 mempunyai topik yang memberi potensi kemeriahan kepada Pesta tetapi isi kandungannya jauh dari menggambarkan keadaan sebenar Pesta Lawas Versi 2011. Jika diamati, berita yang bertajuk ‘Pesta Lawas tarik kehadiran Pelancung’ - hanya menceritakan mengenai acara Lumba Perahu dan ‘Lawas Kitchen’ selain memaparkan nasihat kepada masyarakat siber (bloggers) supaya tidak menulis perkara yang sensitif.

    Daripada sejumlah 17 para lapuran itu, 8 para mengenai regata, 5 para menceritakan Lawas Kitchen dan 3 memuatkan nasihat Pegawai Penerangan terhadap blogger. Dengan jumlah para dan dikuatkan lagi dengan intro lapurannya, tabloid tersebut tidak mencerminkan Pesta Lawas yang sebenar. Tidak ada disebut mengenai acara-acara lain. Pautan stategik Sejiwa Senada dengan Pesta Lawas sepatutnya ditekankan bukan setakat menumbir di para terakhir.

    Apa tujuan berita ini ditulis kita tidak pasti tetapi jika mahu memeriahkan Pesta Lawas, yang akan berlangsung 4 hari lagi, saya rasa objektifnya kurang menepati sasaran. Tabloid wajib mengetahui segment masyarakat yang meminati regata dan memasak. Juga mesti akur bahawa golongan mudalah yang berstamina dan taksub dengan happenings semasa pesta. Golongan inilah juga yang mempunyai kekuatan membeli berlangsungnya pesta.

    Program-program untuk golongan muda dihitamkan sedangkan pementasan yang mengundang Jamal Abdillah sudah dipastikan. Apabila acara-acara lain tidak disebut dan disokong dengan penekenan terhadap acara regata maka Pesta ini terherot dan apa yang wujud di dalam minda pembaca akhbar ialah Pesta ini sebagai Pesta Regata.

    Saya berpendapat, regata dengan rempah ratusnya tidak perlu lagi dipromosi sehingga mengambil lebih separuh dari isi berita penting. Ianya bukan produk baru, baik semasa pesta Limbang maupun Pesta Lawas. Jika dikaitkan dengan tajuk berita ini, cerita mengenai lumba perahu hanya memerlukan paling banyak dua perenggan - bukan lapan.

    Tabloid juga perlu mempertimbangkan samada sesuatu petikan itu relevan atau tidak kerana ‘nasihat’ Pegawai Penerangan sepatutnya ditapis kerana implikasi nasihat begini meruntuhkan semangat rakan siber yang banyak berjuang mempromosikan Pesta ini baik dalam facebook atau laman web. Ianya juga menggambarkan seolah-olah pengganjur tidak selari dengan saluran media bentuk baru.

    Kalau beginilah cara tabloid ini membuat lapuran maka tidak ada bezanya dengan laman blog dan facebook kepunyaan peminat regatta. Berita yang dipapar tidak ada nilai berita malah meluatkan golongan muda. Ianya juga tidak membantu pesta yang sehingga 4 hari lagi menjelang Pesta, masih belum ada banner atau kain rentang yang dipasang baik di sempadan masuk ataupun di merata Bandar Lawas. Kalau begini keadaanya, dari manakah sumber tabloid ini yang mengatakan pesta in ‘tarik pelancung’? Sepatutnya tajuk berita ini berbunyi “Pesta Lawas tarik ramai pesaing regata”

    Jika cara dan budaya tidak beretika seperti ini berterusan, maka saya tidak hairan jumlah pembaca tabloid ini mengempis dan hanya mendapat premium iklan atas pengaruh shareholder mereka.

    Seorang rakan wartawan pernah berkata‘No reporting is better than to distort the report content’

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: Lapuran Tabloid meragukan Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top