Terkini
  • Terkini

    Isnin, 7 Februari 2011

    Minda yang Regulated atau Deregulated

    Kadang-kadang kita hairan apa kuasa seseorang menasihatkan orang lain agar tidak menulis sesuka hati di persada siber dan atas alasan apa amaran begini dikeluarkan dan apa kesan dan implikasi teguran begini. Puas saya bertafakur memikirkan sabjek ini. Rupa-rupanya sabjek ini lebih susah dari calculus dan lamda-nya.

    Setelah membaca buku ‘Marketing Management’ oleh Philip Kotler, baru saya tahu bahawa adalah sia-sia melawan arus pemodenan. Mengikut Philip (www.prenhall.com/kotler) Menjelang abad 21 ini saya ingin perturunkan 3 perkara yang pasti wujud. Pertama, tekenan globalisasi (global forces) akan sentiasa memberi impak kepada kehidupan kita. Kedua, kemajuan teknologi yang menakjubkan lagi memeranjatkan dan ketiga, tekanan terhadap deregulasi akan sentiasa wujud. Mengikutnya lagi, ketiga-tiga perkara ini tidak dapat dielakkan dan tiap individu wajib menghadapinya bukan menyaingi. Tetapi masih ada segelintir kita kekal berfikir dan bertindak seperti abad 20 dan tidak terungkayah untuk melintasi bendul antara dua abad ini.

    Memberi teguran kepada pengembara siber adalah sia-sia, membuang masa sekaligus mengalirkan tenaga. SKMM sudah tidak terungkayah untuk memantau semua penulisan di dalam facebook ataupun blog. Secara tidak formal ianya sudah berada ditahap deregulasi. Inilah diantara banyak tekenan yang kita hadapi.

    Mengikut masyarakat Cina, hidup ini mempunyai dua perkara asas yang bertentangan yang mereka dipanggil ‘Ying’ dan ‘Yang’. Sebagai contoh, baik dan jahat, putih dan hitam dsb. Dalam hal mentaliti, manusia juga mempunyai prinsip yang sama, antaranya ialah minda positif dan negatif, minda regulated dan deregulated.

    Secara ringkasnya, minda regulated ialah pemikiran yang sentiasa terkekang disebabkan oleh berfikir secara rigid dan sebaliknya minda yang deregulated adalah minda yang berkembang sejajar dengan kemajuan dunia. Maka minda yang regulated inilah yang tidak tahu mana yang penting dan mana yang perlu didahulukan. Tidak dapat menilai mana yang mendatangkan faedah dan mana yang mensia-siakan. Gagal memfokus kepada objektif dan tidak tahu membezakan antara yang remeh dan tidak remeh.

    Setakat ini tindak-tanduk masyarakat siber belum ada yang mencacatkan kedatangan Pesta Lawas malah banyak membantu mempromosi dan meriahkan suasana pra-pesta, sekurang-kurangnya dikalangan orang muda. Fb dan bloglah (kalau ada) yang berperanan sebagai suplementri kepada tiadanya banner atau publisiti oleh penganjur.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Minda yang Regulated atau Deregulated Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top