Terkini
  • Terkini

    Khamis, 3 Februari 2011

    Siapa bakal dinobatkan Raja Batang Lawas 2011?

    Selepas semusim berlalu, Sungai Lawas yang senantiasa tenang dan mengalir membelah daratan antara bandar Lawas dan Kampung Melayu tempatan akan kembali berkocak serta bergelora mulai 11 hingga 13 Februari 2011

    Ini kerana di Sungai ini, akan berlaku pertarungan yang dijangka sengit bagi menentukan Juara Piala Sejiwa Senada,  Juara Marathon dan Raja Batang Lawas 2011.

    Juara Sungai tahun 2009, pasukan Putera Kuala Lawas sudah pasti berusaha keras mempertahankan kejuaraan sekali gus menambah koleksi kemenangan secara berturut-turut, namun ia bukan tugas yang mudah kerana ramai pasukan akan turut bersaing kali ini. Pasukan yang akan menghadirkan saingan bukan hanya datang dari Negara Brunei tetapi juga dari Selatan Negeri Sarawak.

    Tiga buah pasukan iaitu Demak, Muara Tabuan dan Gedong Gemilang telah didatangkan dari Bandaraya Kuching. Mereka pastinya akan meningkatkan tahap persaingan kali ini.

    Kemunculan pasukan Sundar juga tidak boleh dipandang ringan kerana mereka telah membuktikan peningkatan mereka walaupun hanya memenangi tempat kedua dalam acara Raja Batang Limbang tahun lepas. Sundar dengan konsisten telah berjaya meninggalkan Putera dan hanya 'setengah perahu' jarak dibelakang Punang Gemilang.

    Dalam keadaan Sundar bersiap sedia dan penuh yakin, Putera masih tercari-cari teknik kayuhan yang berkesan. Kali ini Putera tidak akan mengunakan teknik kayuhan popular yang dipanggil 'Tinting Pengalu' kerana dianggap sudah kurang sesuai.

    Manakala, PG lebih memfokus kepada teknikaliti iaitu perahu dan 'pengayuh'. Mengikut Pengurus Pasukan, pekayuh mesti ada 'chemistry' dengan perahu dan 'pengayuh'. Kalau perkara ini tidak lahir, jangan harapkan keserasian akan menjelma.

    Bagi Tim Punang Gemilang dan Putera, Pesta Lawas versi 2011 kali ini penuh bermakna kerana masing-masing mengejar Juara Berganda Raja Batang Lawas. Lebih sensasi, kejuaraan Raja Batang Lawas kali ini akan melonjakkan Tim Punang Gemilang (PG) sebagai tim yang pertama dinobatkan Raja Batang Berganda yang kedua kali. PG telah mencapai impian mereka sebagai Juara Berganda apabila dinobatkan sebagai Raja Batang Limbang bagi kali yang kedua Oktober tahun lepas.

    Sememangnya Pasukan Putera, amat terdesak untuk menjuarai Raja Batang Lawas kali ini bukan sahaja untuk merapatkan jurang kejuaraan dengan PG tetapi untuk mengekalkan kesetiaan peminat mereka. Berbeza dengan PG, Putera tidak pernah dinobatkan sebagai Raja Batang di luar tebing Batang Lawas.

    Dalam setiap Pesta pasukan Putera lebih menonjol dibandingkan mana-mana pasukan kerana meraka bukan saja melibatkan diri dalam banyak acara tetapi muncul sebagai pasukan yang warna-warni dengan jersi yang beranika, banner yang bertata, dan punya penyokong yang berkota.

    Berbeza dengan pasukan Putera, PG turun sebagai underdog. Mereka akan hanya menghantar separuh daripada jumlah peserta Putera dan memberi tumpuan kepada acara 20,25 dan 30 pekayuh.

    Walaubagaimanapun, Punang mempunyai semangat serta nyanyian “inilah pasukan kita’ yang kosisten sejak mereka menjuarai Raja Sungai Limbang pada tahun 2007. Semangat yang sama juga yang membawa pasukan mereka sebagai pekayuh terbaik pasukan Sri Lawas semasa Regatta Sarawak pada tahun 2008. Mereka berada dalam kelompok 10 pasukan terbaik seluruh Negeri Sarawak setelah berjaya ke final.

    Raja Batang Limbang 2007

    Raja Batang Limbang 2010


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 KOMEN:

    1. Latihan yang bersistematik adalah sangat penting untuk mendapatkan stamina ke tahap maksima..PG Boleh !!

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Siapa bakal dinobatkan Raja Batang Lawas 2011? Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top