Terkini
  • Terkini

    Rabu, 2 Februari 2011

    PG yakin Juara Berganda kali ke 2

    Pesta Lawas versi 2011 kali ini penuh bermakna bagi Tim Punang Gemilang kerana mereka mengejar Juara Berganda yang kedua setelah berjaya menggandakan kejuaraan Raja Batang Limbang tahun lepas.

    Punang pertama kali dinobatkan sebagai Raja Batang Lawas pada tahun 2007 tetapi gagal menggandakan kemenengan pada tahun 2009. Walaubagaimanapun, pahlawan Punang berjaya dinobatkan Raja Batang Limbang pada tahun 2008 dan 2010, menjadikan sebagai pasukan yang paling disegani di utara Sarawak dan di Negara Brunei Darusalam.

    Dinobatkan sebagai Raja Batang adalah impian hakiki setiap pasukan dan aura kategori ini mengatasi mana-mana kategori dalam acara regatta. Putera Kuala Lawas pernah memenangi Raja Batang Lawas pada tahun 2009 tetapi gagal menjuarai sebarang Raja Batang di Temesya Pesta Limbang.

    Diukur dari segi pencapaian, Tim Punang Gemilang jauh dihadapan pasukan lawan kerana telah meraih 3 buah Piala Raja Batang sejak tahun 2008. Diperingkat antarabangsa, Punang Gemilang menjuarai acara Marathon pada tahun 2008 dan 2010 di Brunei Darusalam.

    Dengan rekod cemerlang ini, Tim Punang Gemilang sangat disegani oleh pihak lawan maupun kawan.
    Tahun 2011



    Tahun 2007

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: PG yakin Juara Berganda kali ke 2 Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top