Terkini
  • Terkini

    Isnin, 28 Februari 2011

    Punang Media di Pesta Lawas


    Pengalaman kru Punang Media dalam mengambil liputan sepanjang Pesta Lawas begitu menarik untuk di kongsikan, Daerah paling utara Sarawak yg terkenal dengan tahai dan kerbau ini memberi impak besar kepada kru kami dari segi pengalaman, ulasan dan pelbagai aspek dalam dunia Photografi.

    Membuat satu perjalanan melalui darat bukanlah perkara rumit bagi kru kami, tapi untuk ke daerah Lawas kita kena memasuki Negara Brunei sebanyak 2 kali jika anda dari Miri, dan perjalanan anda mungkin akan mengambil masa yang agak lama jika setiap pos sempadan penuh dengan pengunjung, lain pulak jika kita dari sebelah negeri Sabah, mungkin kita cuma mengambil masa 3 jam dari Kota Kinabalu, kita juga boleh menaiki kapal terbang dari Miri yang cuma mengambil masa 45 minit.

    Lawas yang mempunyai penduduk dari suku kaum Lunbawang, kedayan, melayu serta lain-lain hidup dalam suasana harmoni dan dapat dilihat begitu kuat dengan budaya masing-masing, yang mana setiap kaum walaupun dari kampung yang berlainan seperti satu keluarga bila mereka berkumpul dalam sesuatu majlis seperti ini, sikap ramah dan prihatin penduduk Lawas membantu kami dalam kelancaran membuat liputan setiap aktiviti yang berlangsung.

    Bermulanya sehari sebelum pesta kami sempat membuat liputan sebahagian kecil latihan terakhir di batang sungai Lawas. Kami di sapa oleh beberapa penduduk yang sama berada di tebingan sungai yang sama menyaksikan latihan itu.

    Sambutan Pesta Lawas pada kali ini begitu meraih dan warna-warni dapat dilihat kerana ia diadakan sekali dengan program Sejiwa Senada. Seawall pagi di Bandar Lawas kami boleh saksikan semangat masyarakat Lawas untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan segala aktiviti yang berlangsung terutamanya aktiviti yang disertai pemimpin kesayangan mereka iaitu Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.


    Dari sana kami dapat melihat betapa hebatnya beliau dalam beramah-mesra dengan rakyat, dengan berpakaian yang boleh dikatakan ala sempoi beliau tak kisah dengan semua itu untuk bersama memeriahkan dan mendekati masyarakat Lawas dengan apa yang disebut ‘Berjiwa Rakyat’.

    Acara Regatta Lawas adalah acara yang paling gemilang berlangsung sepanjang 3 hari Pesta, acara lumba perahu ini terkenal sejak turun-temurun di daerah Lawas, acara yang memperlihatkan setiap kampung yang menyertai betapa hebat nya mereka dari segi kekuatan fizikal, mental dan sebagainya. Tebingan sungai Lawas begitu meriah setiap kali perlumbaan berlangsung, di penuhi setiap sudut dengan gelagat-gelagat penyokong yang teruja, gementar, riang, kecewa dan sebagainya.

    Expo Lawas Kitchen juga antara rempah ratus pada Pesta Lawas kali ini, kru kami dapat melihat dengan lebih dekat pelbagai makanan tradisi dan moden yang di usahakan penduduk daerah Lawas, Ia juga boleh menjadi platform kepada penduduk Lawas untuk memprkenalkan hasil mereka dari segi perniagaan.
    Pada hari kedua Pesta Lawas kita disajikan dengan apa yang digelar ‘Tamu Besar’, ai seperti sudah termasuk dalam kalender membeli-belah untuk penduduk Lawas am nya, kerana Tamu Besar dibuat setiap dua minggu sekali, kru kami sempat membeli barangan yang ada terutamanya pakaian budak-budak yang diketegorikan murah dan menarik. Dengan pelbagai bahan dari pakaian dan makanan juga boleh didapati di sini, pengunjung pasti akan melihat ini satu keunikan pada daerah Lawas.

    Expo Sejiwa Senada juga menambah asam garam Pesta Lawas yang menerima lebih tujuh puluh ribu pengunjung, disana kami dapat melihat masyarakat daerah Lawas mendapat info secukupnya dari pada dunia perniagaan, pelajaran, kewangan, kesihatan, kehidupan dan sebagainya. Expo ini cukup berkesan dari segala aspek kepada masyarakat. Dan tidak dinafikan setiap lawatan kami ke tapak expo ini mereka menyambut kami dengan senyuman, bukan di sana sahaja, malah di setiap penjuru kru kami pergi kami begitu teruja dengan senyuman masyarakat Lawas yang berbilang bangsa dan agama.

    Lawas begitu cepat membangun dari segi pasarana dan pelbagai kemudahan untuk penduduknya, daerah yang paling utara sudah mempunyai ikon terbaru yang tersergam inda di hadapan Sungai Lawas. Hotel Seri Malaysia yang baru ini mejadikan daerah ini nampak begitu hebat dari segi pembangunan, dengan mempunyai tebingan di depan hotel yang diubah suai untuk keselesaan pengunjung berehat dan bersantai. Kru kami amat tertarik dengan daerah Lawas walapun ia berada jauh dari pusat iaitu Kuching.

    Pengalaman kru media punang cukup getir bila berlangsungnya acara akhir merebut Raja Batang Lawas, Kru kami yg sudah bersedia lebih awal dari setiap sudut dan kelengkapan untuk merakamkan aksi yang dramatik itu tidak menafikan yang kami punya berasa gementar dan teruja bila saat melihat setiap perahu menampakkan diri mereka untuk menuju ke garisan penamat. Ia adalah saat-saat yang paling sibuk pada kru-kru kami , sambil hati kami berdebar mata kami sentiasa berada di corong kamera-kamera kami. Tidak di nafikan setiap inci tebingan sungai Lawas begitu meriah dengan para penyokong melaungkan kata-kata untuk memberi semangat pada pasukan mereka.

    Kru kami sentiasa akan melihat Pesta Lawas 2011 ini sebagai satu pengalaman menarik dalam dunia photo, mempunyai banyak kelainan dari daerah lain di Sarawak. Kami juga ini mengucapkan jutaan terima-kasih kepada pemimpin kesayangan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang sporting setiap kali kru kami ingin merakam aksi beliau sepanjang pesta, pada petugas-petugas Pesta Lawas, pasukan-pasukan yang bertanding dan semua senyuman penduduk Lawas am nya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Punang Media di Pesta Lawas Rating: 5 Reviewed By: AMBUYAT
    Scroll to Top