Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 19 Mac 2011

    Impak Gempa dan Tsunami Jepun terhadap Ekonomi

    Gempa yang berskala 8.9, yang membawa kerusakan teruk di persisiran pantai Honshu, mengakibatkan ombak Tsunami setinggi 10 meter. Ia turut merosakan loji nuclear dan Jepun menghadapi radiasi yang amat bahaya. Gempa ini adalah yang terkuat di Jepun dan kelima terkuat di dunia sejak 1900. Dianggarkan 10,000 yang terkorban sementara operasi penyelamat sedang mengejar masa untuk mencari yang masih hidup.

    Impak Kepada Ekonomi Jepun: Dalam keaadan ekonomi Jepun yang baru merangkak kearah kebangkitan semula, gempa di Sendai mengakibatkan terbantutnya kebangkitan ekonomi. Produksi perindustrian terhenti buat sementara akibat terputusnya bekalan. Kawasan Utara Jepun yang terkenal dengan perindustrian kereta dan semikonduktor telah menyaksikan syarikat gergasi seperti Sony, Toyota dan Honda memberhentikan pengeluaran mereka. Walaubagaimanapun kawasan Sendaui ini tidaklah begitu kritikal kepada ekonomi Jepun jika dibandingkan dengabn kemusnahan Kobe pada 1995. Walaupun pada ketikan itu Jepyun mengalami kerugian sebanyak USD150 billion tetapi masih tidakmembantutkan pertumbuhan GDP pada tahun itu.

    Impak Kepada Pemulihan Global: Kita tidak jangka gempa ini akan melemaskan pemulihan semula ekonomi dunia walaupun sentimen pasaran kewangan dunia sedikit sebanyak disurami oleh impak Tsunami yang dashyat ini. Apa yang ketara, ketegangan geo-politik di MENA (Middle East dan North Africa) yang mengakibatkan kenaikan harga minyak mentah melepasi (melimpasi) paras USD100 per tong, akan mengarah ekonomi global kepersada yang berbahaya.

    Impak Kepada Ekonomi ASEAN: Japan adalah rakan perdangangan ASEAN yang ketiga besar (9.5% eksport dan 11.4% keseluruhan import negara-negara ASEAN). Dalam jangka singkat, impak kepada rangkaian produksi boleh dibendung asalkan gangguan bekalan tidak berpanjangan. Belajar dari pengelaman kemusnahan Kobe pada 1995, syarikat-syarikat di jepun telah bersedia dengan ‘Business Continuity Plan’ untuk mengurangkan gangguan rangkaian bekalan ke negara-negara Asia.

    Aliran pelaburan ke negara-negara ASEAN mungkin terpalit dalam jangka pendek tetapi sekurang-kurangnya Negara-negara ASEAN dapat mempelajari cara menghadapi perubahan bekalan global akibat risiko yang serupa. Apa yang pasti berlaku selepas ini ialah usaha pembangunan semula oleh Jepun termasuk pembangunan semula infra, rumah dan kemudahan awam akan menambah permintaan untuk batubara, bijih timah dan yang berkaitan dengan produk perkayuan.

    Impak Ekonomi kepada Malaysia: Nagara Jepun adalah rakan dagang yang ketiga besar, yang mana 10.4% jumlah eksport dan 12.6% jumlah import keseluruhannya. Export utama negara adalag LNG, elektroniks, kimia dan bahan kimia, dan minyak sawit serta minyak mentah. Pada 2010, negara matahari terbit ini ada negara kedua terbesar membuat pelaburan di Malaysia.

    Impak terhadap rangkaian bekalan ke Malaysia seperti semikonduktor dan kereta tidak begitu memudaratkan tempatan. Walaubagaimanapun kenaikan nilai matawang Yen akan menaikkan kos import dan bahan mentah dan seterusnya memberin kesan negatif kepada industri permotoran.

    Pelancung warga Jepun walaupun hanya1.7% dari berjumlah keseluruhan mungkin mempunyai impak yang ketara kerana sentimen keenganan berbelanja disebabkan oleh malapetaka yang melanda. Dan sentiman yang sama juga akan berlaku terhadap pelancung Malaysia yang pasti akan takut kepada radiasi nuklear.

    Syarikat Malaysia yang akan mendapat keuntungan ialah syraikat yang membekal berasaskan kayu dan besi berat.

    Impak kepada harga Komoditi dan tenaga: Japun adalah negara ketiga terbesar mengimport minyak dan dengan terbengkalainya penapisan dan tempat penyimpanan disebabkan oleh kerosakan maka permintaan akan berkurangan. Harga minyak mentah menunjukkan kejatuhan dibawah paras USD100 setong pertama kali dalam minggu ini. Tempat yang dilanda tsunami ini juda terkenal dengan produksi beras padi. Dan penutupan kilang-kilang besi akan mengakibatkan sedikit-sebanyak memperlahankan dan mengurangkan eksport Australia melainkan ke China.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Impak Gempa dan Tsunami Jepun terhadap Ekonomi Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top