Terkini
  • Terkini

    Isnin, 14 Mac 2011

    Pertembungan Budaya Barat dan Bali

    Banyak dikatakan mengenai Bali terutama sekali setelah meletupnya bom di kota Kuta. Semasa berada di Bali selama 4 hari, saya sempat berramah mesra dengan penduduk di sana ingin mengetahui lebih banyak lagi cerita-cerita yang tidak diceritakan dalam bentuk tulisan.

    Pulau Bali yang merupakan sebahagian Kepulauan Sunda Kecil mempunyai keluasan sepanjang 153 kilometer dengan lebar 112 kilometer. Terletak pada garisan lintang selatan 8° dan mengambil masa 3 jam penerbangan dari KL. Bali beriklim tropika sebagaimana dengan kawasan-kawasan Indonesia atau Malaysia.

    Ibu kota Bali ialah kota Denpasar, manakala kota Ubud merupakan pusat kesenian. Destinasi pelancungan yang utama di Bali termasuk Kuta, Sanur, Seminyak, Jimbaran dan Nusa Dua. Disebabkan Bali adalah 'syurga' pelancung asing maka di setiap penjuru Kuta boleh didapati pelancung dari seluruh dunia terutama sekali dari benua Australia.

    Pertembungan antara DUA budaya - Barat dan Bali
    Disebabkan oleh kebanjiran pelancung asing, penduduknya yang 93% menganut Hindu lebih ortodok dan berlaku pertembungan budaya antara pelancung dan penduduk tempatan. Walaubagaimanpun, hormat-menghormati diantara dua budaya ini sering dijaga dengan harmonis. Dari bilangan penduduk lebih kurang empat juta, 7% berbahagi diantara penganut agama Islam, Kristian dan Buddhisma.

    Budaya Nyepi, [tahun ini jatuh pada 5 Mac] ialah perayaan Hindu yang diraikan pada setiap hari tahun baru dalam takwim Saka. Nyepi berasal dari perkataan "sepi" (sunyi, senyap). Nyepi sebenarnya merupakan perayaan Tahun Baru Hindu berdasarkan takwim Saka, yang dimulai sejak tahun 78 Masehi. Tidak seperti perayaan tahun baru Masihi, Tahun Baru Saka di Bali dimulai dengan menyepi. Oleh itu, kegiatan seharian adalah dilarang sama sekali pada hari ini, termasuk perkhidmatan awam, termasuk sekali penerbangan, tetapi khidmat perubatan seperti hospital dikecualikan.

    Tujuan utama sambutan Nyepi adalah memohon kepada tuhan agar menyucikan Buwana Alit (alam manusia) dan Buwana Agung/macrocosmos (alam semesta). Sebelum Hari Raya Nyepi, terdapat beberapa upacara yang diadakan oleh penganut Hindu, khususnya di pulau Bali.


    Rush On: Communities across Bali are racing to complete their ogoh-ogoh monsters in time for this year’s Nyepi, which falls on March 5. During the dusk-to-dawn day of silence, television broadcasts and all forms of travel to the island have been ordered suspended.

    Visit: from 24 - 27 February 2011
    Hotel: Paradaiso Hotel Bali, Kuta.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Pertembungan Budaya Barat dan Bali Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top