Terkini
  • Terkini

    Isnin, 14 Mac 2011

    Terhakisnya nilai sebuah akhbar

    Bercakap mengenai etika penulisan, susah untuk memisahkan mana dan macamana yang beretika dan mana yang melanggar etika. Garis pemisah terlalu kecil menyebabkan banyak penulisan melangkah garis sempadan antara kedua-dua zon ini. Bagi sesetengah penulis, zon etika bukan hanya sabjektif tetapi juga luas kawasannya – melainkan terlalu ketara perbedaannya.

    Mari kita analisa lapuran sebuah akhbar tempatan bertarikh 24 Oktober 2010 mengenai lapuran kesudahan acara regatta semasa Pesta Limbang. Lapuran ini jelas mengguris hati banyak pihak kerana penulisan yang kurang berhati-hati dan tidak professional. Lapuran dengan topik "Punang Gemilang dinobat Raja Batang Limbang" memaparkan gambar yang bercanggah.

    Implikasinya:
    1. Mengguris perasaan Sang Juara - Raja Batang Limbang merasakan kejuaraan atau kehebatan mereka tidak dihargai oleh akhbar. Akhbar ini dianggap berat sebelah dalam membuat lapuran atau kenyataan.
    2. Mengaibkan pasukan yang kalah – merasakan walaupun kalah tetapi terhegeh-hegeh memaparkan diri dalam akhbar atau menumpang glamour atas kehebatan pasukan lain.
    3. Adanya tangan ghaib - memberi gambaran seolah-olah ketua kontinjen yang kebetulan dari keluarga menteri mempunyai kuasa merobah lapuran akhbar. Ini gambaran yang bahaya dan boleh menjejaskan imej menteri berkenaan.
    4. Pembaca meluat dengan percanggahan lapuran akhbar berkenaan dan menganggap akhbar lebih rendah mutu berbanding akhbar lain.

    Apa tujuan lapuran ini kita kurang pasti tetapi yang pastinya lebih banyak implikasi negatif daripada menyampaikan mesej yang produktif. Walaubagaimanapun lapuran ini dikira berjaya jika bertujuan untuk memecah-belahkan penduduk Lawas. Lebih trajis lagi apabila ianya mengambarkan seolah-olah ada campur tangan pihak yang berkuasa untuk merobah isi lapuran sesebuah akhbar.

    Saya rasa tidak perlu melaga-lagakan pasukan elit iaitu Kuala Lawas dan Punang, kerana kedua-dua pasukan ini walaupun berseteru di atas air tetapi bersahabat selepas persaingan. 'Perperangan' kedua pasukan ini di alam siber menunjukkan kematangan dan persahabatan yang akrab.

    Akhbar diberi kebebesan untuk membantu merapatkan interaksi bukan mengapi-apikan lebih-lebih lagi selepas persaingan regatta. Dan akhbar berkenaan sepatutnya bersaing dengan akhbar lain bukan menyaingi facebook ataupun blog individu.

    Nazir: Nampaknya lamanweb Punang.com lebih popular dari akhbar.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Terhakisnya nilai sebuah akhbar Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top